Friday, April 11

Q&A tentang COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Ramai yang PM/SMS bertanyakan tentang collagen powder SHAKLEE. Wah hot gitu :) Ramai yang dh cuba COLLAGEN POWDER SHAKLEE ni...



Ok balik pada tajuk, saya ringkaskan segala pertanyaan customer2 tentang COLLAGEN SHAKLEE powder ni. Semoga ianya membantu menjawab segala kemusyikalan tentang product ini. 

1. Apa kandungan collagen shaklee? 
2. Apa istimewanya collagen shaklee?
3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil 
4. Tahan berapa lama colalgen shaklee
5. Macam mana aturan makan colalgen shaklee
6. Berapa harga collagen shaklee
7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
11. Macam mana nk beli collagen powder

Saya akan jawab satu persatu persoalan di tanya. Teruskan pembacaan ya. 

1. Apa kandungan collagen shaklee? 
Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu nsumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata, Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal, Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata, Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya collagen shaklee?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil 
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. I kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg. 

4. Tahan berapa lama collagen shaklee
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Macam mana aturan makan collagen shaklee
Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sacet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 
 - jus twister tropicana + collagen 
 - Milo/Serbuk Coklat Cadbury  +collagen
- any fruit juice  + collagen
Pengguna bebas nk campurkan collagen dengan mana2 minuman. Asal sedap sudah :)  

6. Berapa harga collagen shaklee
Retail price RM298. 
Jangan terkejut, kenapa ia mahal?Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tp rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 

9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba. 

11. Macam mana nk beli collagen powder

Untuk maklumat lanjut/konsultasi/order : ✉ PM ke http://buff.ly/PU4mbn ✆ Call/ SMS/WhatsApp : 018-6622890 ( Suzana Che Nok ) ➲ COD Ampang : Cheras : Desa Pandan

Tuesday, April 8

APA ITU PENYAKIT SLE ?

Apa itu penyakit SLE ?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE). Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
   

 Jenis-jenis Lupus : 
Discoid Lupus Erythematous (DLE) 
 ✔ Hanya melibatkan kulit 
✔ Jarang merebak ke organ lain Systemic Lupus Erythematosus (SLE) 
 ✔ Boleh merebak ke organ lain 
✔ Boleh mengakibatkan kematian 

 Statistik 
 ❂ Lebih kurang 90% penghidap penyakit SLE adalah wanita sementara 10% penghidap penyakit SLE adalah lelaki dan kanak-kanak. 
❂ Lebih kurang 90% wanita yang menghidap penyakit SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun. 

Ratio yang mengalami penyakit SLE : 
❂ Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang 
❂ Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang 
❂ Di negara China – 1 dalam 1,000 orang 
❂ Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan dengan penyakit SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap penyakit SLE yang belum disahkan. 

 Antara tanda dan gejala yang dikaitkan dengan penyakit SLE ialah: 
✿ ruam-ruam pada kulit muka dan badan 
✿ kulit yang sensitif kepada cahaya matahari 
✿ ulser pada mulut 
✿ keguguran rambut 
✿ Sakit dan radang pada sendi 
✿ demam yang berlarutan 
✿ rasa letih-lesu 
✿ sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) 
✿ vasculitis (radang pada saluran darah). 

 ✎ Penyakit SLE hanya boleh dirawat dan dikawal. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit penyakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, penghidap penyakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. 

 ✎ Penyakit ini boleh membawa maut kerana penyakit SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah. 

 ✎ Jika anda, saudara mara dan kenalan anda ada mengidap SLE, saya cadangkan untuk ikhtiar ambil makanan tambahan dari Shaklee iaitu, Vivix Shaklee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...