Friday, October 10

Mengapa Anda Perlu Minum Air Lemon Waktu Pagi




Bukankah makanan atau minuman asam bisa menyebabkan sakit perut jika diminum saat perut kosong? Lalu dari mana bagusnya minum air lemon hangat di pagi hari? 

Ladies, pertanyaan-pertanyaan di atas adalah pertanyaan yang kerap muncul saat seseorang diberi saran untuk minum air lemon hangat di pagi hari. Semuanya hanyalah anggapan yang salah kaprah. Berikut penjelasan untuk menjawab rasa penasaran Anda. Anda harus minum air lemon hangat di pagi hari kerana:

Membantu Penghadaman
Air suam bukan saja membantu merangsang saluran penghadaman, tetapi lemon dipercayai mengaktifkan dan membersihkan hati. Ia juga menyingkirkan asid  penghadaman dalam proses menghadamkan makanan dan menyingkirkan bahan buangan.

Menyokong sistem imun

Buah- buahan sitrus seperti lemon kaya vitamin C dan Asid Askorbik. Vitamin C membantu menentang selsema. Manakala Asid Askorbik membantu penyerapan zat besi yang juga memainkan peranan dalam fungsi imun.

Mengalkalikan Tubuh
Jika tubuh anda berdepan keseimbangan pH yang kronik, bermakna penyakit akan mudah menyerang.Walaupun lemo bersifat asid, ia mempunyai keupayaan untuk mengalkalikan yang tinggi selain cara terbaik untuk memastikan keseimbangan pH tubuh berada pada paras sepatutnya terutamanya jika diet anda kaya daging, keju dan/atau alkohol.

Membantu Detoksifikasi
Air lemon adalah diuretik semulajadi, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya membantu memaksimumkan enim yang merangsang hati.

Pemberi Tenaga
Ramai yang mengaku dengan mudah berjaya melupakan kopi selepas beberapa hari minum air lemon. Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras ksigen dalam darah, memberikan anda rasa hebat!

Mencantikan Kulit
Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Jadi mulakan hari anda dengan langkah melalui air lemon. Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksida bagi mencegah penuaan.

Mengurangkan berat badanLemon mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...