Thursday, July 3

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee



Assalamualaikum dan salam ceria semua. 


Bulan ini ada berita menarik untuk peminat setia Vivix Shaklee. Boleh dapatkan Vivix Shaklee dengan harga superb runtuh. Hanya di bulan Julai 2014 sahaja.

Sebelum tu mari kita mengetahui keistimewaan dan kebaikan Vivix Shaklee ini. Apa yang best sangat? Berbaloikah dengan harga yang ditawarkan?


Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee


  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Apa kata mereka mengenai Vivix Shaklee?

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Untuk maklumat lanjut/konsultasi/order :

"I am your Shaklee Independent Distributor!!"


✉ PM ke http://buff.ly/1z6eOyD
✆ Call/ SMS/WhatsApp : 018-6622890 ( Suzana Che Nok )
➲ COD Ampang : Cheras : Desa Pandan

Tuesday, July 1

Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

penyusuan

Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?
Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:
  1. Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

  1. Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

  1. Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

  1. Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

  1. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

  1. Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

Sunday, June 29

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H dan Selamat Berpuasa



Duhai Ilahi.... 
andai ini Ramadhan terakhir buat ku jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri... 
menerangi kegelapan hati ku 
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi 
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti 


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² ku di alam maya ini. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Semoga ibadah kita bukan hanya dibulan ramadhan sahaja, tapi dibulan² yang setersunya. 

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pon maya ini.

'MARHABAN YAA RAMADHAN'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...