Saturday, October 25

INFO KECANTIKAN | Bahaya Suntikan Vitamin C Tidak Berdaftar


Selamatkah Suntikan Vitamin C untuk Cantik??





Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Fenomena ini meningkatkan permintaan terhadap produk kecantikan di samping melahirkan banyak pengedar kosmetik di seluruh negara.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa mengambil berat dan mengaw
al penjualan produk kosmetik di Malaysia.
Pada 2008, selaras dengan ‘Asean Harmonization’, pendaftaran produk kosmetik dibatalkan dan digantikan dengan prosedur notifikasi.


Pihak pengeluar wajib menotifikasikan produk kosmetik keluaran mereka dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan kualiti produk berkenaan.
Produk kosmetik yang dinotifikasi akan diberi nombor notifikasi (contoh NOT20091234K) tetapi nombor notifikasi ini tidak diwajibkan untuk dicetak pada bungkusan produk.


Orang awam perlu tahu bahawa pengeluar produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan perubatan pada label dan iklan produk. Produk kosmetik juga tidak dibenar mengandungi bahan racun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.


Selain itu, produk yang digunakan untuk tujuan seksual atau mempunyai tuntutan perubatan tidak diklasifikasikan sebagai produk kosmetik.
Hanya produk yang mempunyai satu atau lebih fungsi seperti di bawah akan dikategorikan sebagai produk kosmetik, iaitu: 
• Membersih 
• Mewangi 
• Memperbaiki/mengubah atau mencantikkan 
• Menghilangkan bau badan 
• Memelihara atau menjaga dalam keadaan baik 

Hasil pemantauan kami mendapati ada produk kosmetik seperti produk pencerah dan pemutih kulit dikesan mengandungi bahan terlarang dan juga suntikan botoks serta suntikan vitamin C dijual secara haram di premis kecantikan. 

Beberapa produk pencerah dan pemutih kulit dikesan dicampur dengan hidrokuinon dan tretinoin iaitu sejenis bahan racun dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952. 

Penggunaan bahan ini tanpa kawalan dan pengawasan boleh mengakibatkan penggunanya menderita kesan seperti kulit merah dan terbakar, hiperpigmentasi dan kanser kulit. 

Kesan pencerahan kulit dalam masa yang terlalu singkat mungkin petunjuk bahan berbahaya itu wujud di dalam produk kosmetik. 

Botoks adalah sejenis toksin dihasilkan bakteria Clostridium botulinum yang berbahaya jika digunakan tanpa pengawasan pengamal perubatan berdaftar. 

Dalam bidang perubatan, suntikan dos kecil botoks digunakan untuk melumpuhkan otot yang tegang dan pengecutan otot yang tidak terkawal pada pesakit. Penggunaan tanpa pengawasan pengamal perubatan boleh menjejaskan sistem saraf dan menyebabkan kematian. 

Vitamin C atau asid askorbik adalah antioksidan yang berfungsi melindungi tubuh daripada tindakan pengoksidaan dan penting dalam proses penyembuhan luka. 

Bagaimanapun, suntikan vitamin C adalah sediaan yang tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Setakat ini tiada produk vitamin C yang didaftarkan di Malaysia. 

Pengguna yang mendapatkan perkhidmatan suntikan vitamin C yang tidak berdaftar ini terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh badan seperti jangkitan pada kulit, jangkitan pada salur darah selain kerosakan buah pinggang. 

Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli produk kosmetik dan mendapatkan rawatan kecantikan. Dapatkan rawatan kecantikan di premis yang diyakini dan baca label pada produk terlebih dulu sebelum membuat pembelian. 

Usah terpedaya dengan produk kosmetik atau pusat rawatan kecantikan yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang mempunyai tuntutan melampau. Kandungan bahan racun ini biasanya tidak diisytiharkan pada label atau bungkusan produk untuk mengelirukan pengguna. 

Pengguna dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan rawatan kosmetik yang diuar-uarkan mampu mengubah rupa paras mereka kepada lebih cantik dalam masa singkat. Ini kerana produk kosmetik biasanya memerlukan masa untuk menunjukkan kesan. 


Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

SELAMAT - BERKESAN - HALAL





✿ Anti-oksidan semula jadi
✿ Mengekalkan integriti sel
✿ Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
✿ Menolong mengurangkan symptom alergi

Perbezaan Shaklee Vitamin C Shaklee:

“Sains pembebasan berterusan secara semulajadi” vitamin c shaklee telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakterian dan radikal bebas.





Manfaat Utama:

- Membentuk collagen
- Memperbaiki Simptom Pendarahan
- Peningkatan Sistem Imun
- Memerangi kanser
- Mencantikkan Kulit
- Memperbaiki Insomnia
- Mengekalkan Kolesterol Sihat


AMARAN!!

➜ 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c

➜ Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin c

➜ Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin c yang banyak

➜ Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit.

Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan BAA seperti AMPANG , CHERAS , PANDAN INDAH , PANDAN MEWAH SERTA DESA PANDAN boleh hubungi BAA untuk aturkan pertemuan.




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi BAA untuk pendaftaran.


Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Suzana Che Nok

Shaklee Independent Distributor (SID 1065807)
sms/ whatsapp : 018-6622890
Cod area : Ampang , Cheras, Pandan Indah, Pandan Mewah , Desa Pandan 
Anda mungkin juga meminati:

Friday, October 24

Kenali Fakta Tentang Selulit





Selulit adalah musuh setiap wanita. Siapa yang suka jika mendapati ada selulit di pelbagai inci bahagian tubuh badan. Selulit selalu menjadi masalah yang hampir ramai wanita mengalaminya terutama selepas melahirkan bayi.

Memiliki kembali tubuh yang mulus tanpa kehadiran selulit, pasti menjadi dambaan semua wanita. Namun sebelum anda berusaha keras mengusir pergi si selulit, faham dan kenali tentang selulit.

▪Kehadirannya adalah normal
Ketika semua wanita mengeluh tentang wujudnya selulit pada tubuh mereka, perlu diketahui bahawa kewujudannya memang perkara normal. Dalam kalangan pakar perubatan, mereka menganggap selulit sebagai karektor sekunder seorang wanita seperti memiliki payu dara atau pinggul yang lebar.

▪Siapa pun boleh ada
Masalah selulit adalah perkara normal terutama dalam kalangan wanita selepas berat badan. Ia biasa ada pada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan kerana menonjolnya lemak dalam lapisan dermis. Selulit juga biasa terjadi pada ibu hamil dan mereka yang mengamalkan gaya hidup kurang sihat.

▪Selulit boleh dikurangkan
Jangan terkejut kerana masalah selulit boleh dikurangkan daripada badan anda. Tetapi anda perlu berkorban banyak perkara demi mengurankan kehadiran selulit. Perubahan paling jelas sudah pasti mengubah gaya hidup lebih sihat, menjaga pemakanan dan memperbanyakkan aktiviti senaman agar kulit menjadi lebih tegang dan sihat.

▪Gunakan krim anti selulit
Kini terdapat banyak produk krim anti selulit di pasaran. Walaupun ia tidak memberikan kesan pantas tetapi tidak salahnya mencuba. Pilih krim anti selulit dan skrub yang mengandungi kafein, mampu bertindak sebagai diuretik mengurangkan lebihan cairan dan menegangkan kulit buat sementara. Kesannya hanya membuatkan selulit kurang kelihatan, tetapi ia bukan solusi jangka panjang.

Selain daripada itu kini terdapat juga pelbagai pilihan rawatan kecantikan yang ditawarkan oleh pusat kecantikan bagi membantu mengatasi masalah selulit. Jika mampu, tidak salah mencuba rawatan tersebut asalkan ia selamat dan tidak memudaratkan.


Kredit Pa & ma

Tuesday, October 21

Kesan Alahan Keterlaluan




Masalah alahan seperti loya, mual dan muntah atau lebih dikenali sebagai morning sickness ketika hamil adalah perkara normal dalam kalangan ibu hamil. Namun, alahan keterlaluan boleh memudaratkan diri ibu dan kandungan.
Bagaimanapun, alahan yang dialami akan diklasifikasikan sebagai keterlaluan sekiranya ibu terlalu kerap muntah di mana ia berlaku tidak kira masa, urin mengandungi ketosis serta tiada selera makan sehingga berat badan menurun lima peratus daripada berat badan asal.
Masalah ini dikategorikan sebagai hyperemesis gravidarum. Antara simptom lain yang mungkin boleh menjadi petunjuk kepada masalah hyperemesis gravidarum termasuklah wajah kelihatan pucat, sakit kepala, pening, mudah letih, tidak bermaya serta kekurangan air.
Keadaan hyperemesis gravidarum menjadi lebih teruk apabila ibu tidak sedarkan diri, nadi semakin mengecil dan cepat, suhu meningkat dan tekanan darah menurun.
Hyperemesis gravidarum yang berterusan ketika hamil bukan hanya membahayakan ibu bahkan anak dalam kandungan. Ibu terdedah kepada beberapa risiko sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Antara risiko kekurangan zat makanan yang ketara, kekurangan air dalam badan sehingga mengalami gangguan elektrolit dan kehilangan berat badan secara ketara. Tidak terkecuali masalah tekanan darah tinggi, hati dan buah pinggang.
Malah dalam keadaan yang lebih teruk, ada dalam kalangan penderita hypermesis gravidarum mengalami pendarahan di tekak dan retina sehingga mengganggu fungsi asalnya. Hyperemesis gravidarum juga boleh membahayakan nyawa ibu akibat kekurangan thiamine lalu menyebabkan koma dan meninggal dunia.
Risiko yang dihadapi semakin meningkat sekiranya anda turut mengalami tekanan atau stres. Selain mengganggu aktiviti seharian, ibu yang tidak cukup khasiat pemakanan akan menyebabkan pertumbuhan bayi dalam kandungannya terencat, kelahiran pramatang. Bayi juga berkemungkinan meninggal dalam kandungan namun hal ini amat jarang berlaku.
Sekiranya disahkan mengalami hyperemesis gravidarum, kemasukan ke wad adalah mandatori! Ibu akan ditahan di wad untuk suatu tempoh tertentu bagi menjalani rawatan dehidrasi menggantikan bendalir dan zat pemakanan seperti karbohidrat dan protein dalam tubuh yang hilang. Sekiranya perlu, doktor akan memberikan vitamin B kompleks, vitamin C, kalsium dan keperluan-keperluan lain.

Monday, October 20

Makanan Tingkatkan Hemoglobin Rendah



Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti

*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.

*Minum jus buah-buahan.

*Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.

*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.

TIPS PENJAGAAN KULIT




✔Masalah kemunculan jerawat sewaktu haid.

Jika jerawat itu berpunca dari perubahan hormon badan, sebagai contoh ada wanita yang berhadapan masalah jerawat tumbuh pada wajah secara bermusim sewaktu datang haid. Anda boleh cuba amalkan makan vitamin c atau makanan tambahan (supplements) yang sesuai. Ini kerana sewaktu proses kitaran haid, badan anda tidak menerima nutrisi yang cukup. Emosi tidak stabil, mudah stress, cepat marah dan tertekan. Jadi, anda memang perlu usaha cegah masalah ini. Makanlah makanan yang berkhasiat, lebihkan buah-buahan seperti epal atau buah delima yang sangat baik untuk kulit muka. Dan cuba sehabis baik untuk selalu tenang. - Ini petua dari mak Asyraf yang sebelum ini berhadapan masalah sama. Sengaja tanya mak sebab mak dah lawa sangat. haha.

✔Kulit berminyak

1.Kurangkan mencuci muka dengan pencuci

Bagi yang ada masalah kulit berminyak pula, nasihat saya, elakkan cuci muka terlalu kerap dengan produk pencuci muka (oil control bagai tuuu..) sebab ia sebenarnya menghilangkan minyak pada wajah anda dalam tempoh yang sekejap saja. Selepas satu jam, kulit anda selalunya akan kembali berminyak. Kenapa? Pencuci muka oil control tu sebenarnya merangsang kulit untuk terus hasilkan minyak dengan lebih banyak. Maka dengan itu kulit muka akan bertambah teruk. Bila anda terlalu kerap biasakan cuci muka 4,5 kali sehari dengan pencuci muka, sampai bila-bila pun anda terpaksa beli produk pencuci muka tersebut seumur hidup sebab kulit muka dah tak terkawal. Kalau dah guna satu-satu produk pencuci muka tu, ikutlah aturan penggunaan yang disyorkan. Jangan salah faham, ramai yang fikir bila kulit muka berminyak saja, anda mesti cuci guna produk yang anda beli tu. Sebenarnya salah. Cukuplah dua kali sehari. Kesian muka anda.

2. Jangan campur produk kecantikan sesuka hati

Dan ingat, jangan rajin buat eksperimen dengan mencampur dan kerap kali tukar pelbagai jenama produk pencuci. Sekejap Garnier, esok Nivea, Lusa Safi. Jahanam muka anda nanti.

3. Teh dan madu sebagai pencuci muka?

Bila kulit berminyak bersihkan muka dengan serbuk teh. Nak lebih berkesan, anda boleh campur serbuk teh tersebut dengan madu. Gosok di muka ala-ala scrub. Selebihnya sapu pada leher, lengan atau badan. Untuk permulaan, amalkan dua kali sehari (pagi dan malam). Dan rajinlah berdoa. Mudah-mudahan muka tak berminyak lagi.

Nota tambahan : Nak mudah, cari bekas kaca yang ada penutup (balang kaca kecil). Masukkan madu dan serbuk teh dalam bekas tersebut. Gaul supaya sekata, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. So, tak adalah setiap kali nak cuci muka baru nak sibuk cari serbuk teh, cari madu bagai. Kalau simpan dalam peti sejuk, acuan tersebut tahan lebih lama. Kalau letak diluar saja (suhu bilik) acuan teh dan madu tadi tahan lebih kurang dua minggu. Jangan guna serbuk teh uncang pula, serbuk teh dalam uncang tu agak kasar dan tak sesuai untuk kulit.

4. Wap panas untuk kecutkan jerawat

Seterusnya, bagi yang ada masalah kulit berminyak sampaikan jerawat tak henti muncul, boleh cuba buat ala-ala spa wap panas guna daun bunga tahi ayam. Kalau jerawat cuma ada satu dua tu, tak perlulah. Tapi tak salah pun kalau ada yang nak cuba. Caranya ialah, dapatkan daun pokok bunga tahi ayam yang daunnya masih hijau dan sihat (Kuantiti : kalau banyak lagi bagus). Basuh daun tersebut hingga bersih. Masukkan dalam periuk, isi air separuh penuh dan didihkan atas dapur. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letak di tempat yang selesa dan luas (contoh: lantai ruang tamu). Kemudian, ambil sehelai selimut atau kain yang besar dan tebal. Anda perlu masuk bawah selimut tersebut (ala.. macam tengah main sembunyi-sembunyi tuuu..). Bawa masuk periuk yang air masih panas tadi ke dalam selimut tersebut juga. Letak berhadapan anda dan halakan muka anda pada wap air yang panas naik dari periuk tersebut. Duduklah dalam selimut tu dalam 15-30 minit. Kena banyak sabar, waktu duduk dalam selimut tu, panas betul rasa (berpeluh). Tapi selepas proses ni selesai. Jerawat yang merah-merah di muka sebelum ini dah mula kecut dan ada yang hilang. In shaa Allah. Saya rasa bagi yang jenis ada jerawat yang banyak, merah-merah, jerawat batu yang menyakitkan semua tu, patut cuba petua ini.

Nota tambahan : Air rebusan daun tadi boleh diguna semula dua kali sahaja. Lepas itu, sila buang, cuci bekas dan tukar dengan daun yang baru. Petua ini boleh diamalkan dua kali dalam seminggu. Dan tengoklah perubahan pada wajah.

5. Buat mask sendiri untuk malam hari

Paling mudah, gunakan bedak sejuk, campurkan dengan dua sudu madu, gaul rata dan sapukan pada muka. Boleh kalau anda nak pakai semasa tidur hingga keesokannya. Tapi sebaiknya elakkan sebab lelehan madu akan kotorkan tempat tidur anda. Cukuplah pakai 30 minit sebelum tidur, kemudian cuci dan berwhuduk (tidur ikut sunnah). Masker bedak sejuk dan madu ini kalau diamalkan boleh buat kulit anda tegang dan liang roma pada muka mengecil.

6. Rehatkan muka di hujung minggu dengan masker timun atau putih telur.

Kalau rajin, setiap kali hujung minggu, anda boleh cuba hasilkan mask dari timun. Tak perlu campur apa-apa. Hanya perlu kisar timun sehingga halus dan sapu pati tersebut pada muka. Biarkan sehingga kering dan cuci. Kalau tak ada timun, dapatkan telur ayam, ambil putih telur sahaja, sapu pada muka. Biarkan kering.

Suka diingatkan, apa-apa pun petua dan proses yang anda lalui, rajin-rajinlah berselawat, baca surah-surah lazim, sekurangnya ada pengisian yang baik untuk diri. Berserah pada Allah dengan segala usaha ini.

PENTING!!! 

1. Kurangkan menyentuh wajah

Kebiasaannya, bila jerawat tumbuh, kita suka pegang muka. Tak kurang ada yang rajin tangan memicit jerawat. Sila elakkan sebab amalan ini cuma menyakitkan muka dan mengundang jerawat semakin teruk. Lelehan darah kotor atau nanah selepas anda memicit jerawat akan merangsang kulit untuk hasilkan jerawat baru. Jerawat yang dipicit juga akan meninggalkan kesan parut hitam yang luar biasa. Kalau tangan anda tu pula baru saja lepas pegang telefon bimbit, tolong jangan sentuh muka. Kulit muka sangat sensitif.

Kalau ada jerawat yang memang perlu dipicit (sebab ada mengumpul nanah yang banyak), alaskan tangan anda guna kain bersih sewaktu proses mengeluarkan nanah dan segera cuci muka dengan air bersih berulang kali. Tak perlu guna pencuci kerana akan menyebabkan keradangan pada bahagian jerawat yang luka.

Nota tambahan : Elakkan guna tisu biasa pada muka untuk lap kotoran sebab tisu biasa tu tak sesuai dengan kulit. Kalau tisu basah yang khas untuk muka itu bolehlah. Dan selalu bersihkan tangan guna sabun cuci tangan atau sanitizing gel yang boleh letak dalam poket juga boleh bawa ke merata tempat. Kain bersih untuk muka tu mesti guna untuk muka je, jangan guna untuk lap benda lain. Lepas guna kain tersebut, rendam dalam air panas terlebih dahulu dan cuci macam biasa.

2. Cuci Cadar Tilam & Sarung Bantal Anda

Untuk memastikan kulit muka anda cepat pulih, rajin-rajinkanlah diri untuk bersihkan dan kemas tempat tidur. Jangan jadi macam sarang tikus. Lelaki atau perempuan. Wajib bersihkan. Kadang-kadang ada yang mengomel pakai produk itu tak berkesan, cuba petua ini tak berkesan, sebenarnya anda kena lebih prihatin dengan persekitaran. Bayangkan setiap malam anda tidur di katil bersama debu hama yang terlalu seni. Anda tak nampak, tapi mengundang masalah pada kulit anda. Buka tingkap bilik setiap hari, pastikan pengudaraan dalam bilik tidur baik dan selesa. Cuci cadar dan sarung bantal sekurangnya dua minggu sekali.

Buatlah jadual untuk jadi tukang dobi yaa.. Jangan bawa makanan atau minuman atas katil. Memang perangai luar biasa, tapi masih ada yang buat. Nampak macam tak ada kaitan dengan masalah muka. Tapi sebenarnya ada.

3. Jangan sembur Perfume pada wajah atau leher.

Ada orang nak wangi, disemburnya Perfume habis seluruh badan termasuk muka dan bahagian leher yang hampir dengan muka. Kurang-kurangkan tabiat ini sebab kandungan dalam pewangi menyebabkan kulit muka mengalami iritasi dan tidak sihat.

4. Jangan malas dengan rutin

Jangan cepat putus asa bila pelbagai usaha anda buat untuk jaga muka tidak menjadi. Teruskan menjaga rutin harian dengan membersihkan muka dua kali sehari. Jangan risau, bagi yang Muslim, anda automatik bersihkan muka 5 kali sehari dek kerana whuduk. Kerap cuci muka dengan air bersih sahaja tak ada masalah malah ia amalan yang sangat bagus sebab amalan mencuci muka dengan air bersih menggalakkan kulit bernafas. Cuma yang bermasalah kalau anda kerap cuci muka dengan produk pencuci yang ada kandungan kimia. Boleh menipiskan kulit. Tak pasal-pasal keradangan nanti.

5. Kurangkan berjemur

Kurangkan berjemur terlalu lama di bawah panas terik matahari selepas jam 2 petang kerana sinar UV yang sepatutnya baik untuk mengawal bakteria pada kulit akan bertukar fungsi menyebabkan kulit anda kering dan cepat berminyak.

Cahaya matahari yang baik ialah pada waktu pagi. Jadi, jangan selalu bangun lewat. 

Sunday, October 19

Tentang ESP



1. Apa itu ESP?
Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. Tiada trial pack. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.

2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk susu ibu?
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah mengikut individu masing-masing. Juga ikut budget. Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Yang penting, kekerapan penyusuan harus setiap 3-4 jam dan sehingga payudara dikosongkan, barulah peningkatan susu berkesan.

3. Berapa harga ESP?
Harga ESP bagi semenanjung ialah RM150 manakala bagi Sabah Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi saya utk mendapatkan harga istimewa)

4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
Dengan pengambilan 3 sudu sehari, ESP boleh bertahan sehingga 1 bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh ambil ESP?
Individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan.

6. Apa rasa ESP?
ESP Shaklee berperasa Soya.

7. Jika saya order hari ini, bila saya boleh terima?
InsyaAllah penghantaran mengambil masa 1-2 hari bekerja.

8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke?
Boleh mengambil kedua-duanya jika berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikkan lain lagi yang berbeza.

9. Apa kebaikan lain ESP?
Membantu pembentukan sel baru.
Baik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
Bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak jadi boleh share dengan anak yang setahun ke atas dan seisi keluarga.
Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

10. Bagaimana nak order ESP?
Walk in ke cawangan Shaklee atau sms saya 0186622890


Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan BAA seperti AMPANG , CHERAS , PANDAN INDAH , PANDAN MEWAH SERTA DESA PANDAN boleh hubungi BAA untuk aturkan pertemuan.




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi BAA untuk pendaftaran.


Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Suzana Che Nok

Shaklee Independent Distributor (SID 1065807)
sms/ whatsapp : 018-6622890

Cod area : Ampang , Cheras, Pandan Indah, Pandan Mewah , Desa Pandan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...