Thursday, August 21

POWER PUMPING MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU BADAN

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Soya Bahaya Pada Kesihatan? Shaklee ESP Tidak Elok Untuk Kesihatan?


Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena condemn juga.So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya.. Artikel ni memang panjang sikit tapi sebab nak jelaskan isu yang hot ni memang tak boleh nak buat pendek-pendek. So kalau betul-betul nak tahu bacalah ya…

Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, jadi rasanya tak perlu lah saya nak listkan satu per satu. Google je pun memang bersepah artikel di blog/website yang senaraikan satu per satu keburukan soya ni.

Cuma saya hairan hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya (pendirian peribadi saya organic soya termasuk dalam non-GMO soya). Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini.


Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’. Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika

Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari



Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.

Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????


Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?

Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik. Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.

Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.

Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.


Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?

Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).

Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.


Soya menyebabkan kanser?

Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.


Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?

Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.


Soya bahaya pada kanak-kanak?

Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.



Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.


ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????

Sekarang isu ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?

Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.


Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?

Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.

Tapi tidak dengan ESP Shaklee ya.

Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.



Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

Tuesday, August 19

Apa itu Makanan Tambahan @ Supplement




Maksud Supplement
============================

Produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan seperti vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk-produk makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dengan ekstrak atau pekatan daripada perahan.Supplement boleh didapati dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk. Pengambilan makanan tambahan perlu apabila seseorang itu sakit atau telah didiagnosis menghidap penyakit tertentu oleh doctor. 


Kepentingan Supplement
=============================

1. Memulih dan memelihara kesihatan
Gaya hidup rakyat yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.

2. Menyingkirkan toksik dalam badan
Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.

3. Menguruskan badan dan memperoleh tubuh yg cantik
Pengambilan chitosan dapat membantu mereka yang mengalami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan

4. Meningkatkan tenaga
Pengambilan cendawan(gano) mampu meningkatkan tenaga.

5. Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit
Ganoderma dikenali sebagai raja herba ajaib yang berupaya untik mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaan buah pinggang.


Masalah Pengambilan Supplement
========================

1. Harga yg mahal - tidak ninafikan makanan tambahan agak mahal. Pengguna perlu menetapkan beberapa budget untuk mendapatkan supplemen yang sesuai.

2. Tidak dapat menggantikan zat-zat yg terdapat dalam hidangan
Makanan tambahan hanya mengandungi vitamin &\dan mineral tertentu berbanding dengan makanan asli yang mengandungi fiber, zat-zat mineral, dan komponen-komponen lain yang tidak diketahui fungsinya

3. Tidak dapat mengelak daripada penyakit tertentu
Walaupun pengambilan suplemen itu baik, namun individu tersebut tidak dapat mengelak daripada menghidapi penyakit diabetes, jantung, dan sebagai.

4. Wajar diambil oleh org tertentu sahaja
Pengambilan suplemen wajar diambil oleh org tua yang tidak ada selera makan, wanita hamil yang kerap muntah, dan kanak-kanak yang tidak sihat. Tempoh masa pengambilan suplemen juga untuk jangka masa pendek sahaja

5. Keracunan
Pengambilan terlalu banyak vitamin A akan menyebabkan maut untuk jangka masa panjang. Vitamin C merupakan antioksida yg kuat & mampu membawa kepada kekurangan vitamin E yang diperlukan badan. Hati juga akan terjejas fungsinya kerana Vitamin E turut terkumpul di dalam hati

6. Pembaziran
Vitamin D dan C yang berlebihan akan dibuang melalui proses pembuangan air. kerana ianya bersifat "sustained release" tidak kekal didalam badan.

7. Kesan sampingan
Vitamin A yang terlalu banyak @ kalsium yang berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang rena. Suplemen harbal utk melangsingkan badan yang mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan tanpa dos yang sesuai akan merosakkan hati dan organ dalaman lain

8. Ketagihan
Sesetengah supplemen dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang seperti stimulen dan bahan penahan sakit yang dapat menyebabkan ketagihan atau pergantungan psikologi

9. Membawa maut
Terdapat juga suplemen yang mempunyai kandungan hasil daripada kejuruteraan genetic. Mengambil suplemen yang telah diubah paten genetik boleh membawa maut. Di AS, kematian dan kecacatan banyak berlaku akibat mengambil suplemen tersebut.


Siapa Yang Memerlukan Supplement
===========================
Supplemen ialah makanan yang diberikan kepada seseorang dalam keadaan tertentu yang diperlukan utk menampung keperluan badan, meningkatkan kekuatan, dan daya tahan seperti:-

1. Wanita hamil
Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrient seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan untuk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yang seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum untuk membantu pembentukan system saraf pusat fetus. Alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan supplement dapat meminimukan risiko kekurangan nutrient.

2. Ahli sukan/ atlet
Atlet sering kehilang glukosa. Oleh itu, supplement diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang. Supplement juga memulihkan tenaga dengan cepat kerana atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplement juga mampu untuk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum

3. Pesakit
Kanak-kanak memerlukan supplement untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdapat pesakit yang terpaksa bergantung kepada supplement tertentu untuk terus sihat dan bertahan daripada komplikasi penyakit tertentu

4. Warga tua
Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Supplement seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone untuk mengimbangi ketidakstabilan hormone dalam badan. Warga tua yang mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sebagainya juga digalakkan untuk mengambil supplement

Berkesan Ke Kurus Dengan Lecithin



Berkesan ke kuruskan badan dengan lecithin? Lemah juga dengar soalan ni setiap kali pelanggan saya nak beli set slimming shaklee dengan saya...ok..apa2 pun jom kenal dulu dengan lecithin shaklee ni...lepas tu buat la kesimpulan sendiri ye...hehe..

Lecithin 


Lecithin adalah kompaun semula jadi yang membantu badan menyerap zat-zat larut lemak seperti beta karotena dan vitamin-vitamin A, D, E, dan K. Lecithin soya adalah sumber sajian yang utama bagi kolina, iaitu suatu bahan yang boleh meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan sistem pembiakan.

  • Diperolehi secara semulajadi daripada kekacang soya
  • Setiap kapsul membekalkan 530mg lecithin, termasuk 80mg fosfatidilkolina dan 48mg fosfatidilinositol

Kandungan Lecithin

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan


Fungsi Lecithin Dalam Badan 
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya. Lain-lain fungsi :-


1. PALING UTAMA
  •  untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids) 
  • Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. 
  • Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) 
  • Membantu mengawal paras triglycerides (a type of fat found in your blood. Your body uses them for energy)
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. 
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol 


2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK 
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman etc
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin 


3. UNTUK KAUM TUA 
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua 
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb 

4. UNTUK PENGHADAMAN

  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile'(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman 


5. UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel 
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita 

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung. 
  • Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber 

>>Hasil Penyelidikan (R&D) 



  • Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol 
  • Lecithin daripada telur boleh tetapi tidak bergitu berkesan

Sunday, August 17

Apa itu PCOS?



PCOS (Polycystic Ovarian Sindrom) adalah keadaan dimana seorang wanita mempunyai ketidakseimbangan pada hormon seks wanita. Pcos berlaku dimana terdapat banyak cyst kecil di dalam ovari (fluid-filled sacs).

Bagaimana boleh terjadinya PCOS?

PCOS ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul di dalam ovari akan menjadi cyst- cyst kecil yang boleh dilihat melalui ultrasound scan.

Diantara simptom Pcos terhadap wanita
1. Perubahan kitaran haid
2. Hormon
3. Cyst
4. Keupayaan untuk mempunyai anak
5. Emosi yang tidak menentu
6. Berat badan berlebihan
7. Tumbuh bulu di muka, badan dan dada yang luar biasa
8. Jerawat

Wanita yang mengalami masalah Pcos mempunyai hyperandrogenism (lebihan hormon lelaki), kitaran yang haid tidak teratur dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari mempunyai banyak folikel cyst (lebih dari sepuluh) tetapi saiznya kurang dari 10mm.
http://drzubaidi.com/

Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti diabetes (ketidakseimbangan gula dalam darah dan penyakit jantung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...