Sunday, August 17

Apa itu PCOS?



PCOS (Polycystic Ovarian Sindrom) adalah keadaan dimana seorang wanita mempunyai ketidakseimbangan pada hormon seks wanita. Pcos berlaku dimana terdapat banyak cyst kecil di dalam ovari (fluid-filled sacs).

Bagaimana boleh terjadinya PCOS?

PCOS ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul di dalam ovari akan menjadi cyst- cyst kecil yang boleh dilihat melalui ultrasound scan.

Diantara simptom Pcos terhadap wanita
1. Perubahan kitaran haid
2. Hormon
3. Cyst
4. Keupayaan untuk mempunyai anak
5. Emosi yang tidak menentu
6. Berat badan berlebihan
7. Tumbuh bulu di muka, badan dan dada yang luar biasa
8. Jerawat

Wanita yang mengalami masalah Pcos mempunyai hyperandrogenism (lebihan hormon lelaki), kitaran yang haid tidak teratur dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari mempunyai banyak folikel cyst (lebih dari sepuluh) tetapi saiznya kurang dari 10mm.
http://drzubaidi.com/

Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti diabetes (ketidakseimbangan gula dalam darah dan penyakit jantung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...