Thursday, April 2

Cinch Shake Mix : 7 Soalan Yang Kerap Ditanya

Cinch Shake Mix
765 gram
Harga Runcit: RM173
Hubungi saya 018-6622890 untuk harga istimewa

Soalan 1: Adakah pengidap kencing manis / diabetes boleh mengambil Cinch Shake Mix?
Cinch Shake Mix adalah ber-indeks glisemik yang rendah (22) dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka. 


*Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa produk makanan tambahan untuk kepastian.

Soalan 2: Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake Mix?Mix?

Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori. 

Namun, wanita hamil dan menyusukan anak juga boleh menggunakan Shaklee Cinch ™ Shake Mix sebagai sumber tambahan kualiti protein diet, kalori dan nutrien penting. Walau bagaimanapun, Pelan Kehilangan Cinch ™ Inch untuk menurunkan berat badan adalah tidak digalakkan untuk digunakan semasa mengandung dan ibu-ibu menyusu perlu mendapatkan nasihat daripada pembekal penjagaan kesihatan mereka. 

Soalan 3: Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake Mix ini?


Langkah berjaga-jaga. Produk ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti makananuntuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun. Shaklee Cinch ™ Inch Loss Program tidak direka untuk merawat kanak-kanak berlebihan berat badan dan obes

Ibu bapa yang ingin menggabungkan produk Cinch dalam rancangan penurunan berat badan untuk kanak-kanak perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak mengenai penggunaan potensi Rancangan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak. Sebagai sebahagian daripada diet yang sihat secara keseluruhan, Shaklee Cinch ™ Shake Mix sendiri boleh selamat digunakan oleh kanak-kanak sebagai snek sihat atau suplemen untuk makanan mereka. 

Soalan 4: Cara terbaik minum Cinch Shake Mix?


Seperti yang boleh didapati pada canisternya, 
Cinch Shake Mix terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.

Pengambilan ubat gantian tiroid (levothyroxin) dan Shaklee Cinch ™ Shake Mix pada masa-masa yang berasingan.

Soalan 5: Apakah perbezaan Cinch Shake Mix dengan ESP?


Cinch Shake Mix membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan. ESP tiada kandungan leusine di dalam hidangannya.

Soalan 6: Adakah Cinch Shake Mix mengandungi kafein?


Cinch Shake Mix adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

Soalan 7: Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?


Cinch Shake Mix mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.

*Untuk hasil MAXIMUM ambil Cinch Shake + Cinch Tea + Herblax + Lecithin / OmegaGuard


Info lanjut, klik Cinch Shake Mix


Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan produk Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.



Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan BAA seperti AMPANG , CHERAS , PANDAN INDAH , PANDAN MEWAH SERTA DESA PANDAN boleh hubungi BAA untuk aturkan pertemuan.




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi BAA untuk pendaftaran.


Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Suzana Che Nok

Shaklee Independent Distributor (SID 1065807)
sms/ whatsapp : 018-6622890
Cod area : Ampang , Cheras, Pandan Indah, Pandan Mewah , Desa Pandan

Wednesday, April 1

Beza ESP dan Cinch Shake | Mana perlu ambil untuk bantu KURUS dan TURUNKAN BERAT BADAN

Apa beza ESP dan Cinch Shake kalau nak kurus dan turun berat badan? Ada yang amik ESP pun boleh kurus. Cinch Shake pulak memang ada dalam set kurus lengkap Shaklee, so memang product untuk bantu dalam turun berat badan. Jadi, sebenarnya yang mana satu yang lebih sesuai nak ambil kalau nak kurus, CINCH atau ESP? Kalau ambil kedua-duanya macam mana pulak, double effect ke?


Saya bantu anda buat keputusan yang BETUL jika anda benar-benar serius nak kurus dan turunkan berat badan. 


Beza ESP dan CHINCH SHAKE


ESP (Energizing Soy Protein) 

ESP adalah sumber protin soya non-GMO yang mengandungi 9 asid amino penting(histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine)  yang diperlukan badan. Badan kita tak hasilkan asid amino ya. Jadi kita kena ambil dari sumber luaran. 

Kenapa asid amino penting? Dan kenapa kena cukup 9? Untuk info, asid amino ni adalah unit asas bagi protin. Semua asid amino ni ada tugasnya masing-masing. Pembentukan sel, hemoglobin, perlindungan otot, pemulihan tisu, pembentukan kolagen dan elastin kulit, peningkatan daya tumpuan adalah antara fungsi asid amino.
Kenapa asid amino penting? Dan kenapa kena cukup 9? Untuk info, asid amino ni adalah unit asas bagi protin. Semua asid amino ni ada tugasnya masing-masing. Pembentukan sel, hemoglobin, perlindungan otot, pemulihan tisu, pembentukan kolagen dan elastin kulit, peningkatan daya tumpuan adalah antara fungsi asid amino.

Untuk kurus dan turunkan berat badan, protin memainkan peranan yang penting kerana proses pembakaran lemak memerlukan protin dan karbohidrat. Tak cukup protin, bukan lemak yang dibakar..tapi anda bakal kehilangan jisim otot yang lebih penting untuk nak dapatkan shape yang cantik. Mana nak cun kalau kurus sebab tak makan nasi tapi otot-otot menggeleber kan.

Kenapa ada pengguna ambil ESP kesannya kurus? 
Jawapannya mudah sahaja. Selain daripada tindakan protin untuk pembakaran lemak tadi, istimewanya ESP ni ialah kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 sahaja. Bila GI rendah, kita akan rasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana pembebasan gula dalam tempoh yang perlahan. Jadi breakfast dengan ESP memang berupaya untuk buat kita lebih kenyang tanpa perlu turun cafe makan nasi lemak atau roti canai. Tapi perlu diingat ESP bukan meal replacement
sebab ESP tidak cukup kandungan vitamin (hanya ada sebahagian vitamin B, kalsium dan beberapa mineral lain)


Cinch Shake 

Cinch Shake adalah 'meal replacement' dan memang merupakan sebahagian dari program diet sihat shaklee. Maknanya bila tiba waktu makan, boleh gantikan Cinch Shake instead of makan nasi sebab setiap hidangan Cinch Shake menyumbang sebanyak kira-kira 270 kalori, 35 gram karbohidrat, 24 gram protein, 3 gram lemak dan 6 gram serat makanan larut. Nah, lengkap seperti 1 hidangan nasi dan lauk.





Cinch diperkaya dengan LEUCINE. Apa kepentingan leucine untuk kurus? 
Fungsi utama leucine adalah mengekalkan otot semasa berdiet. Bila otot kekal, metabolisme kita tinggi..jadi kita boleh maintain berat badan sebab otot sentiasa bekerja untuk bakar lemak. Kalau otot hilang, nak bakar lemak dengan apa? Itu yang terjadinya kesan yoyo. Turun berat badan tapi lepas tu cepat je nak naik balik. Lepas tu kita usahalah semula nak kurus, penat la kan..stress lagi. Rugi..rugi..




Jadi memang boleh kurus bila amik Cinch?
Jawapan yang ini pun mudah juga. YA. Dengan syarat, konsisten, disiplin dan lakukan pergerakan otot kerana leucine lebih berkesan bila bertindak dalam keadaan otot sedang bekerja, jadi proses pembuangan lemak akan lebih efisien. Jangan lah minum CInch Shake lepas tu gi bantai nasi 2 pinggan.
Dan benda yang paling asas dalam menurunkan berat badan adalah bersenam. Bersenam lah sekurang-kurangnya 3x seminggu. Takde istilah kurus tanpa senaman dan jaga pemakanan. Kurus bukan semata untuk cantik tapi apa yang penting untuk sihat sebab kegemukan boleh mengundang banyak penyakit bahaya yang boleh membawa maut.

Diringkaskan beza di antara ESP dan Cinch dalam jadual di bawah. Jadi mana yang sebetulnya diambil untuk kurus, ESP atau CINCH SHAKE? Jawapannya adalah berdasarkan kepada perbandingan kandungan dan fungsi bagi keduanya, CINCH SHAKE adalah pilihan yang lebih baik jika betul anda SERIUS nak kurus.  Cuma jika anda merupakan ibu yang menyusu badan, disarankan pengambilan ESP kerana ibu menyusu memerlukan kalori lebih tinggi dari mereka yang tidak menyusu dan juga kandungan kalsium lebih tinggi dalam ESP berbanding Cinch Shake.





Ada 3 perisa bagi Cinch Shake yang boleh dipilih iaitu
  • Vanilla
  • Cofee Latte
  • Chocolate
Kesemuanya memberi rasa yang yummy. Untuk order, boleh klik button di bawah. Peringatan: Hubungi saya terlebih dahulu sebelum buat pembelian jika ingin nikmati discount 20-30% dengan register ahli Shaklee 



"I am your Shaklee Independent Distributor!!"
PM ke http://bit.ly/1oFGIPd


✆ Call/ SMS/WhatsApp : 018-6622890 

( Suzana Che Nok )(1065807)

➲ COD Ampang : Cheras : Desa Pandan

➲ POS : Seluruh Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...