Kajian juga menunjukkan, tubuh manusia sememangnya unik dan penuh rahsia. Namun badan yang sihat memerlukan lebih perhatian. Kita tidak akan tahu bila kita akan jatuh sakit. Jadi tidak salah sekiranya kita berusaha untuk mengelakkan diri dari diserang penyakit! Oleh itu, anda perlu percaya dengan pepatah ' kita adalah apa yang kita makan'.
Kita juga tahu bahawa mencegah berjuta kali lebih baik daripada mengubati . Malah kebanyakan pakar dan profesional yang melakukan kajian mengakui, pengurusan yang betul dan teliti dalam kehidupan seharian membolehkan kita kekal sihat tanpa perlu bergantung pada sebarang ubatan.
Jus semakin menjadi trend pada masa kini. Semudah ABC ! Hanya masukkan ke dalam pengisar, kisar dan minum. Walaupun kelihatan sangat mudah, tetapi masih ramai yang tidak berjaya menjadikan pengambilan jus sebagai satu amalan. Siapa sangka, dengan khasiat yang dimiliki oleh jus mampu menggantikannya dengan ubat dan supplement anda.
Walaupun telah terbukti pengambilan jus banyak khasiatnya, terdapat beberapa kaedah penyediaan yang boleh diguna pakai. Segelintirnya gemar mengambil jus yang digabungkan dengan pelbagai jenis buah dan sayur. Lain pula dengan mereka yang lebih gemarkan tambahan kekacang dan protein di dalam jus.
Apa sekalipun yang dipilih pasti ada sebab yang tertentu. Tetapi jangan terlalu yakin dengan setiap gabungan buah dan sayur yang menjadi pilihan. Ketahui juga nilai kalori anda yang terkandung. Silap langkah, kalori anda juga meningkat! Begitu juga dengan cara anda berjimat dengan menjaga khasiat jus tersebut. Jus sangat sensitif dengan persekitaran kerana gula asli yang terdapat di dalamnya.
Rahsia Ajaib Jus
Berdasarkan kajian kesihatan dan Morbiditi Nasional ketiga , 70 peratus daripada rakyat Malaysia dalam semua kumpulan usia mengamalkan diet tidak sihat dengan pengambilan buah- buahan dan sayur- sayuran yang tidak mencukupi . Selain itu, hanya 30 peratus daripadanya kerap bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Di negara maju seperti Jepun, Korea dan negara Timur Tengah, rakyat mereka hidup lebih lama kerana mengamalkan pemakanan serta gaya hidup sihat. Salah satu unsur dalam diet mereka ialah makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dalam bentuk jus! Tidak kira apa jenis jus yang di ambil, ia memberikan hasil yang baik untuk kesihatan.
Buah dan sayur yang di anggap sebagai pelengkap kepada nutrisi badan sering di ambil mudah. Sedangkan kajian menunjukkan pengambilan buah dan sayuran dalam pelbagai aspek bermula dari merawat jerawat hingga penyakit kronik.
Menurut Kenneth Loh, pemakanan yang baik adalah berasaskan sumber asli. Malangnya , kebanyakan individu tidak mahu berkompromi dalam memilih makanan dan makan apa saja bagi memenuhi perut mereka. Tanpa mereka sedar mereka mengambil makanan segera kerana lebih cepat dan mudah. Makanan ini dipenuhi lemak tepu, garam dan pengawet serta mengalami kehilangan vitamin dan mineral semula jadi akibat pemprosesan.
"Akibat pengambilan makanan tidak sihat pelbagai penyakit muncul yang menyebabkan kesihatan mulai merosot. Namun semua ini boleh dielakkan sekiranya setiap orang menukarkan corak pemakanan dengan melebihkan buah-buahan dan sayur - sayuran. Salah satu caranya adalah dalam bentuk jus."
Jus adalah cara mudah untuk mendapat vitamin, mineral, fitokimia yang ada dalam buah dan sayur. Dengan adanya zat- zat ini, mampu mengurangkan risiko mendapat serangan penyakit jantung, diabetes dan sesetengah jenis kanser.
Selain itu zat - zat tersebut memainkan peranan penting dalam merawat masalah luaran seperti kesihatan kulit - vitamin C , kesihatan mata dan imuniti - beta karotena yang akan ditukarkan menjadi vitamin A dalam badan.
Jika seseorang hanya bergantung kepada jus tanpa makanan lain untuk menurunkan berat badan, di situlah timbul masalah kerana ini merupakan cara yang tidak sihat untuk menurunkan berat badan. Meman berat badan tu turun, tapi individu akan melupakan zat- zat lain seperti protein dan lemak ( lemak yang sihat) yang penting untuk tubuh badan kita. Makanan tinggi protein dam lemak memberikan rasa kenyang ( kepuasan).
Namun kebanyakkan remaja kurang menyukai sayur-sayuran hijau. Jadi cara mudah adalah dengan mencampurkannya menjadi jus. Ia adalah pengganti minuman yang jauh lebih baik daripada minuman berkarbonat serta manis.
Jus Untuk Semua
Sesiapa sahaja boleh mengamalkan jus. Paling sesuai diamalkan oleh mereka yang tidak suka makan buah dan sayur secara terus. Membuat jus adalah cara yang sangat mudah untuk mendapatkan khasiat daripada buah dan sayur segar. Tidak perlu membuang kulit masa mengupas serta menggigit buah dan sayur tersebut. Hanya dengan hirupan , anda mendapat pelbagai zat daripada buah dan sayur.
Terutamanya bagi golongan warga emas yang mempunyai masalah gigi (susah untuk mengunyah) membuat jus merupakan salah satu cara untuk mereka mendapatkan khasiat daripada buah dan sayur kerana sesetengah buah adalah buah keras seperti jambu batu, epal dan pear.
Namun begitu, jangan lupa untuk memilih buah dan sayuran yang berbeza warna yang berlainan memberi manfaat yang berlainan. Pastikan serat dan kulit tidak dibuang kerana banyak fitokimia dan zat- zat.
Jika mesin pengisar adalah jenis yang membuang serat dan kulit secara automatik, pastikan untuk memeasukkan serat dan kulit tersebut balik kepada minuman jus. Jika tidak, serat tersebut boleh dimasukkan ke dalam sup, nasi atau kek cawan semasa menyediakan makanan.
Sesetengah orang lebih selesa mengambil jalan mudah dengan membeli jus yang dijual, terutamanya di pasar raya. Tetapi pengguna bijak, anda perlu memastikan ia adalah jus asli. Baca dahulu label bagi mengelakkan anda tertipu dengan strategi pemasaran yang biasanya menjanjikan 100% jus asli.
Pastikan tiada gula tambahan atau ditambahkan sodium ( jus sayur-sayuran)
Tips Menjaga Khasiat Jus
- Untuk mengelakkan khasiat jus hilang begitu sahaja, sebaiknya minum jus serta merta selepas di kisar.
- Jangan ditinggalkan pada suhu bilik. Jika ingin menyimpan lebihan jus tersebut, simpan dalam peti sejuk dan bekas kedap udara. Untuk memastikan khasiat jus tidak tercemar, ia hanya boleh disimpan tidak lebih daripada 3 hari.
- Semakin lama jus didedahkan kepada persekitaran, semakin banyak zat akan mengalami proses pengoksidaan yang menyebabkan zat-zat semua hilang.
- Sebaiknya menggunakan bekas yang sesuai untuk satu hidangan ( untuk diminum untuk seorang) berbanding dengan jag besar. Ini dapat mengelakkan keracunan makanan atau pencemaran bakteria sekiranya penutup bekas dibuka dan ditutup setiap kali ingin meminumnya
- Jus mudah terdedah dengan pembiakan bakteria kerana jus adalah cecair dan mengandungi gula semula jadi. Oleh itu , ia menjadi tempat yang sangat kondusif untuk bakteria membiak
No comments:
Post a Comment