Saturday, October 11

Hidup Sebagai Penghidap EKZEMA


PAKAR dermatologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon menyatakan peratusan individu yang mendakwa mereka mempunyai kulit sensitif meningkat daripada 30 peratus kepada 60 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa ini.

Berbicara mengenai kulit sensitif, ekzema (ekzema atopik) antara yan paling banyak dialami di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak - kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa.

Berkongsi pendapat mengenai penyakit kulit ini , Dr. Kin Fon menyebut : " Ia berlaku sama ada dalam bentuk rosasea atau dermatitis sentuh. Kesemuanya mempunyai persamaan dengan keradangan."

"Sekiranya anda mengalami kekeringan , kegatalan, keradangan atau jangkitan pada kulit, kemngkinan anda mengalami ekzema atopik. Sesetengah kes bole menjadi teruk sehingga mengundang rasa sakit dan tidak selesa sepanjang hari."

" Namun , ekzema atopik juga dikaitkan dengan penyakit lain seperti asma dan rinitis alergi iaitu simptom hidung berhingus , bersin teruk yang berulang serta gatal. Ekzema atopik boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak. Penjagaan kulit kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa."

" Bukan setakat rasa gatal, merah dan ruam, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetatpi juga ahli keluarga, khususnya penjaga."

"Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, dimana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh sehingga membawa kepada kerosakan kulit. apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal mereka akan menggaru dan ini merosakan kulit dan mencetuskan kegatalan semula."

"Kesannya kelembapan kulit hilang yang menyebabkan berlakunya ekzema atopik. Bayi yang berhadapan dengan ekzema atopik akan mengalami masalah yang sama sehingga menyebabkan tekanan."

"Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala manakala pada orang dewasa lebih ketara di belakang lutut serta pelipat siku."

Makanan laut seperti udang boleh mencetuskan serangan ekzema


Kitaran Ekzema Atopik

Sebagaimana disebut tadi, ekzema menyebabkankegatalan yang melampau dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Kesan daripada digaru berulang kali menyebabkan lapisan kulit terkoyak dan mula dinaiki ruam. Begitulah sering terjadi dan kitarannya akan berulang. Oleh sebab itu, pencegahan perlu dilakukan.

" Sebagai penghidap ekzema anda perlu mendidik diri menjadi lebih berdisiplin untuk mengelakkan sebarang simptom yang menjadi punca. Malah penjagaan kulit jugatidak boleh di pandang ringan. Jika tidak berhati-hati, bimbang keadaan kulit anda akan menjadi semakin serius."

Memandangkan ekzema boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, ramai yang beranggapan pesakit ekzema tidak boleh didekatai kerana bimbang berlakunya jangkitan. Tanggapan itu tidak tepat kerana ekzema tidak akan berjangkit melalui sentuhan.


PANDUAN penjagaan kulit khusus bagi membantu mengurangkan keradangan :


Had penggunaan produk yang berisiko
Pastikan anda mengelakkan diri daripada menggunakan losen selepas bercukur, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi pada kulit

Selektif pilihan losen
Pelembab menjadikan kulit lembut dan fleksible.Elakkan pelembap yang yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Boleh juga gunakan pelembap berbentuk krim yang sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan sangat sesuai untuk kesan lembapan. Amalkannya setiap hari.

Gunakan sabun yang lembut
Mandi dengan hanya mengunakan sabun yan lembut tsnps pembersih ysng boleh digunakan dengan atau tanpa air, kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.

Pilih tuala lembut
Gunakan tauala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mandi, sapukan losyen atau minyak bayi agar dapt mengekalkan kelembapan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya

Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa jika mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Jangan menggaru
Elakkan menggaru kawasan yang terdedah biarpon terasa gatal. Menggaru bole menyebabkan kulit merekah. Sebaik-baiknya gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut.

Kawal aktiviti harian
Kepanasan dan berpeluh boleh menyebabkan kegatalan kulit. Jika boleh elakkan aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh secara berlebihan.

Telur bahan terlarang bagi penghidap ekzema

Cara Untuk Mengawal Ekzema


  • Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk
  • Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah, sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu
  • sekiranya anda mempunyai alahan terhadap bulu kucing atau anjing , elakkan daripada memelihara binatang peliharaan tersebut.
  • Elakkan mandi air panas atau suam
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi megelakkan anda berpeluh berlebihan
  • Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitan kuman pada kulit
  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alahan makanan, sila dapatkan nasihat daripada doktor.


Sumber : ISihat


2 comments:

  1. Hidup sebagai pengidap eczema memang susah. Semua kena jaga. Alhamdulillah hidup lebih baik dengan Shaklee.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak pia...kita kena pilih cara yang betul...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...