Sunday, October 5

PARACETAMOL MUDARATKAN TUBUH?

ADAKAH ANDA ANTARA INDIVIDU YANG SERING MENGAMBIL PARACETAMOL APABILA BERASA KURANG SIHAT? JIKA YA, ANDA HARUS BERWASPADA. TERDAPAT KAJIAN MENDAPATI PARACETAMOL YANG KERAP DIPANGGIL UBAT 'DEMAM' MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN BURUK TERHADAP TUBUH YANG TIDAK RAMAI MENGETAHUINYA.




  Ubat ini dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipyretics (pengurang demam). Kebiasaaannya, paracetamol diambil untuk melegakan sakit ringan dan sederhana seperti sakit kepala, demam, sakit otot, senggugut, sakit tekak, sakit gigi dan sakit belakang. Selain paracetamol boleh digunakan untuk melegakan kesakitan Osteoartritis (artritis yang disebabkan oleh pecahan lapisan sendi).

  Ternyata, paracetamol dilihat berupaya melegakan pelbagai kesakitan yang dihadapi oleh seseorang. Oleh kerana inilah terdapat ramai individu memilih untuk mengambil paracetamol apabila diserang sakit ringan dan sederhana. Bahkan terdapat beberapa jenis jenama paracetamol yang cukup popular dinegara ini.
-KESAN BURUK PARACETAMOL-

Penyelidik perubatan menganggap ubat tahan sakit paling popular, paracetamol tidak begitu berkesan seperti yang dianggap oleh banyak pihak Lebih menakutkan, ubat ini didapati mempunyai kesan sampingan buruk. Beberapa siri kajian mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan kesan sampingan yang serius termasuk asma, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali sebagai 'attention deficit hyperactivivity disorder' (ADHD) dan mungkin mengakibatkan masalah jantung serta buah pinggang.
 Bukti yang ditemukan mencetuskan amaran daripada pemerhati kesihatan di Britain dan Amerika Syarikat (AS) terhadap doktor supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit. Perkara ini dilaporkan oleh Mail Online.

  Dikuti, Penyelidik di University Sydney telah menjalankan kajian ke atas lebih 1,650 responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira enam minggu. Satu pertiga responden diberikan dos harian paracetamol, satu pertiga lagi diberikan ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa selama 17 hari untuk pulih. Dr. Christopher Williams yang mengetuai kajian itu menjelaskan keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula paracetamol sebagai ubat awalan kepada rawatan sakit belakang.

  Lebih berbahaya, kajian awal yang dijalankan di University of Washington melaporkan 'ubat mudah dapat' ini mendatangkan penyakit berupa kanser darah sekiranya mengambil secara berterusan untuk jangka masa panjang.

Seterusnya, jurnal JAMA Pediatrics dalam laporannya pada Februari lalu mengeluarkan amaran bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menggunakan ubat tahan sakit semasa mengandung, berisiko mengalami ADHD dan beberapa masalah lain.

  Laporan daripada The Medical Journal of Australia pula melaporkan individu yang mengambil paracetamol dengan perut kosong, minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil ubatan tertentu yang lain adalah cenderung untuk menerima kesan toksik daripada paracetamol. Malah, mereka yang mengalami sakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik paracetamol.
-USAH AMBIL TERLALU KERAP-

Kebanyakan ahli farmasi dan para doktor masih merumuskan paracetamol adalah selamat untuk diambil sekiranya dalam dos yang betul dan dalam tempoh tertentu sahaja untuk melegakan kesakitan atau sebagai penahan sakit.

  Jangan jadikan paracetamol sebagai ubat yang sering kali anda ambil dan telan apabila berasa kurang sihat walaupun ubat ini mudah didapati dengan harga berpatutan. Hal ini kerana pengambilan paracetamol secara kerap dan dalam kuantiti yang melebihi daripada yang disyorkan akan mengundang bahaya kepada kesihatan badan anda.

  Sekiranya anda berasa sakit dialami itu masih belum lega meskipun sudah mengambil paracetamol dalam cara yang ditetapkan, usahlah memandai-mandai menambah dos sesuka hati. Sebaliknya, berjumap dengan doktor serta dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam perihal kesihatan.

Sumber : Majalah Harmoni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...