Monday, July 7

Insurans Kesihatan Anda!



Kringgggg!!! Jom loceng berbunyi tetapi anda rasa malas untuk bangun.
" Aku rasa aku ingat tapi apa ye?"
" Baru pukul 10 pagi tetapi mengapa terasa begitu letih?"
Muda lagi tapi asyik sakit belakang.
ADAKAH anda mengalami salah satu drpd situasi2 di atas? Atau mungkin situasi lain yang seumpama ini? Hal ini menandakn anda kekurangan beberapa jenis vitamin dan mineral yg diperlukan oleh badan. Vitamin dan mineral merupakan nutrien yg oerlu dibekalkan dalam diet sama ada melalui pemakanan ataupon suplemen kesihatan, kerana tidak disintesiskan oleh badan. Apabila badan kekurangan vitamin dan mineral, badan kita akan menghasilkan simptom2 tertentu sebagai cara komunikasi bagi menyampaikan kekurangan vitamin dan mineral, seperti situasi2 di atas.

Kehilangan Nutrien
Terdapat beberapa faktor sebabkan kehilangan nutrien dari makanan dan tubuh badan, antaranya memasak sayuran terlalu lama menyebabkan kehilangan kandungan vitamin C.
Selain itu,sayur -sayuran dan buah - buahan juga bole kehilangan nutrien tanpa melalui apa- apa pemprosesan dan masakan. Sayur- sayuran dan buah2an akan mula kehilangan nutrien setelah dipetik dan disimpan. Semasa melalui proses penghantaran dari ladang ke gudang ataupon tempat jualan kadar nutrien semakin menurun terutamanya jika kondisi kenderaan itu tidak kawal ( contohnya : suhu ,kelembapan,kebersihan) dan nutrien di dalamnya akan berterusan berkurangan semasa penyimpanan.
Gaya hidup masyarakat pada masa ini yang terlalu sibuk, berkejar masa dan tertekan juga menyumbang kepada faktor kehilangan nutrien2 utama dalam badan.

Kegagalan Diet Seimbang
Bagi memenuhi keperluan vitamin dan mineral, pengambaran diet seimbang adalah perlu. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mendapat diet yang seimbang kerana kehidupan harian yang terlalu sibuk. Kekurangan mikronutrien berpunca oleh beberapa sebab. Antaranya :
◆ Pengilangan dan pemprosesan makanan yang keterlaluan dan penyimpanan yang tidak sempurna.
◆ Kekurangan mineral dalam tanah akibat aktiviti kaedah pertanian
◆ Pilihan makanan yang tidak sihat.
◆ Pencemaran alam sekitar
◆ Gaya hidup tidak sihat termasuk merokok,pengambilan alkohol, kafein dan dadah
◆ Memasak terlalu lama

Multivitamin & Mineral Yang Lengkap
Multivitamin dan mineral yang lengkap mestilah mengandung :
✔ Vitamin A : Bantu penglihatan lebih baik. Penting untuk kesihatan fetus wanita Hamil.
✔ Vitamin C : Baik untuk kulit dan sistem imuniti badan
✔ Vitamin D : Diperlukan untuk penyerapan kalsium dan fosfokus. Disintesis melalui kulit ketika terdedah kepada cahaya matahari.
✔ Vitamin B : Penting untuk penghasilan tenaga
✔ Kalsium, magnesium dan fosforus : Bantu pembinaan tulang dan gigi
✔ Zat besi dan kuprum : Penting untuk pembentukan darah
✔ Iodin dan zink : Memastikan sistem tiroid berfungsi dgn baik
✔ Mangan dan Kalium : Memetabolisma lemak dan protein.
✔ Asid Folik : Diperlukan untuk pembahagian sek yang sihat. Asid folik juga penting untuk kesuburan dan kehamilan
Sebagai seorang Muslim, kita perlu memastikan bahawa multivitamin & mineral yg kita ambil adalah halal. Islam mewajibkan setiap Muslim mengambil makanan yang halal dan sempurna kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita.
Tidak semua produk kesihatan dan suplemen tambahan yang terdapat di pasaran adalah halal. Makanan dan suplemen tambahan yang mendapat pengiktirafan halal dianggap sebagai produk paling bersih dan sihat di seluruh dunia kerana ia diselenggara di bawah proses kawalan kualiti yang amat ketat dalam kandungan , pengendalian dan pengeluarannya. Halal bukan bermaksud bebas daripada khinzir semata-mata tetapi produk yang halal mestilah memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh islam.
Buatlah pilihan yang bijak hari ini dengan memilih produk yang halal, bersih dan terjamin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...