Monday, September 1

Oh Tidak!! Lingkaran Gelap Bawah Mata (Eye Bag)

Assalamualaikum....


Masalah lingkaran hitam bawah mata ni menghantui diri saya sejak dulu lagi...sampai kadang-kadang tuh terpikir, ke memang sebab keturunan hehe tapi tengok mata mama tak de la plak gelap-gelap ni haha apa yang saya perasan, sejak consume Shaklee ni memang lingkaran gelap tu makin berkurangan...nanti saya compare dengan gambar lama-lama plak ek hehe tapi sebelum tu, jom kita baca dulu apakah punca dan cara untuk mengatasi lingkaran gelap bawah mata ni..atau adik saya panggil PANDA EYES huhu...

Lingkaran hitam bawah mata atau lebih dikenali sebagai eye bag sering mengganggu penampilan seseorang. Tapi, ada juga sesetengah individu yang tak pedulikan hal ini langsung, hehe ikut suka la mata masing-masing kan...Tapi bagi yang sering mementingkan penampilan diri, masalah lingkaran hitam ni sikit sebanyak merisaukan anda. Betul tak?

Lingkatan hitam ini terjadi apabila anda kekurangan darah atau kurang tidur, maka wajah tampak pucat dan muncul lingkaran gelap di sekeliling mata. Faktor keturunan juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam.

Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata

Keturunan
Ketipisan kulit di sekitar mata berbeza pada setiap orang, biasanya hal ini disebabkan kerana keturunan. Semakin tipis kulit seseorang, maka semakin nampak jelas bayang-bayang hitam di bawah mata.

Alergi
Akibat mata yang gatal kerana alergi, orang akan cenderung menggosok kulit di sekitar mata. Hal ini akan membuat darah memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata, yang akan membuatnya nampak gelap. Beberapa alergi pada makanan juga menyebabkan lingkaran hitam ini. Pencegahan terhadap alergi dan membiasakan diri tidak menggosok mata perlu diingat untuk anda yang memiliki alergi pada mata.

Keletihan
Kurang tidur atau keletihan yang berlebihan akan membuat mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Rehat dan tidur yang cukup adalah penyelesaian yang paling baik.

Usia
Seiring dengan bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen yang membuatnya menjadi lebih tipis dan tembus pandang. Dengan demikian bayang-bayang gelap akan semakin nampak. Perawatan untuk meremajakan kulit akan mengurangi lingkaran hitam yang muncul akibat usia.

Anemia
Kekurangan zat besi yang merupakan tipe paling umum dari anemia, juga boleh  menyebabkan bayang-bayang hitam ini. Pada masa kehamilan dan menstruasi kulit akan menjadi lebih pucat karena kekurangan asupan zat besi dan hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas terlihat sebagai bayang-bayang hitam. Pengambilan supplement zat besi atau penambah darah akan mengatasi masalah ini.

Rawatan Untuk Lingkaran Gelap Bawah Mata

Krim, masker, pelembab
Agar mata selalu sihat, indah dan tidak berkerut sebelum waktunya, tidak ada jalan lain kecuali merawatnya secara teratur dan sejak mula dengan cara pelembaban. Kulit sekeliling mata sebaiknya diberi pelembab yang mengandung bahan-bahan yang dapat mengurangi penguapan air yang berlebihan dari kulit, misalnya yang mengandung asam hialuronat atau kolagen. Anda bolehlah mengamalkan mask daripada Collagen Powder Shaklee bersama plain yogurt.

Urutan
Senaman, beberapa ahli kecantikan menganjurkan untuk melakukan senaman khusus otot di sekitar mata yang berguna untuk merangsang aliran di sekitar mata. Caranya, dengan jari tengah lakukan pengurutan dari bahagian tengah kelopak mata ke arah luar, kemudian bergerak ke sudut mata bahagian dalam. Lakukan pengurutan serupa untuk kelopak mata bahagian bawah. Terakhir, urut pangkal hidung dari atas ke bawah. Lakukan sebanyak 5 kali.

Pemakanan
Amalkan vitamin, selain melakukan perawatan dari luar, perawatan dari dalam pun perlu dilakukan. Vitamin C dos tinggi sangat baik untuk mata kerana akan membantu pembentukan kolagen yang merupakan bahan untuk mengurangi proses pigmentasi di sekeliling mata. Bolehlah mengamalkan Vitamin C daripada Shaklee yang sustained release. Begitu juga dengan Vitamin A yang berguna untuk mempertajam mata.

Oleh kerana itu agar kulit sekitar mata tidak cepat berkerut dan bayangan hitam tak selalu muncul, perlu dilakukkan perawatan khusus baik itu dengan perawatan alami ataupun moden.


Petua Tradisional Untuk Menghilangakan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan hitam bawah mata anda;

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Selain daripada 7 langkah di atas, anda juga boleh lah mengamalkan petua-petua lain di bawah...

  • Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.
  • Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.
  • Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.
  • Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.
Amalkan petua-petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan. Jadi...no more panda eyes...!!

Source: www.ohbelog.com101petua

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...