Friday, November 7

Coklat Berkualiti Bantu Kecergasan



Biasanya ibu bapa akan melarang anak-anak kecil makan coklat kerana bimbang akan merosakkan gigi dan menyebabkan kegemukan. Benarkah? Hakikatnya coklat dikatakan mempunyai banyak manfaat yang membantu kecerdasan si anak.
Menurut pakar coklat, coklat banyak mengandungi lemak sayur yang baik. Jadi kegemukan pada anak dan kerosakan gigi bukan kerana mereka terlalu banyak makan coklat. Tetapi mungkin kerana salah memilih coklat serta makanan lain yang banyak mengandungi gula. Misalnya donat coklat bukan membuatkan anak gemuk tetapi kandungan gula yang ada dalam donat tersebut.
Kebaikan makan coklat kepada anak iaitu ia boleh menyebabkan pelepasan endorphin, sejenis hormon yang boleh membuatkan hati seseorang menjadi gembira. Tidak hairanlah ada orang kata coklat sebagai penghilang stres. Sebenarnya sesasi ketika menikmati coklat itu membuatkan orang lebih tenang. Tetapi untuk mendapatkan manfaat tersebut, anda mesti tahu cara memilih coklat yang berkualiti.
Ketika membeli coklat, pastikan anda membaca labelnya terlebih dahulu. Coklat yang berkualiti mesti mengandungi cocoa butter, kerana coklat yang mengandungi lemak sayuran bila dicampurkan dengan gula, koko padat, aroma dan emulsifier akan menjadi coklat gelap (dark chocolate) yang disarankan diberi kepada anak.
Bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak kurang menggemari coklat gelap yang agak pahit dan lebih mahal harganya. Mereka biasanya suka makan coklat biasa yang manis dan sudah tentu mengandungi kandungan gula yang tinggi. Coklat jenis ini sangat tinggi kalori dan berbahaya jika kerap dimakan oleh anak anda.
Namun jangan jadikan coklat sebagai makanan harian anak-anak sebaliknya sebagai ganjaran terhadap sesuatu perkara positif yang dilakukan oleh anak. Bahkan anda perlu biasakan anak makan coklat yang berkualtiti bagi memastikan kesihatan mereka juga terjaga.
Elakkan daripada memberi anak kecil anda makan coklat menjelang waktu malam terutama sebelum  masa makan malam. Makan coklat satu jam sebelum makan malam hanya akan membuatkan anak anda kenyang dan dia menolak hidangan utama.
Sebaiknya coklat diberi ketika waktu lapang sebagai snek selain makanan ganjaran. Jangan sekali-kali membekalkan coklat untuk anak ke sekolah. Sebaliknya jika anda keluar bersama anak, coklat mungkin boleh diberikan untuk membuatkan anak rasa kenyang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...