Wednesday, January 21

CARA TINGKATKAN HB RENDAH PADA IBU HAMIL

Sejak akhir-akhir ini saya dapati ramai ibu hamil mengalami masalah HB rendah. Masalah hb rendah tidak boleh dipandang remeh kerana ia memberi kesan kepada ibu dan janin.
Antara punca-punca HB rendah:
1.Penurunan Kadar hb normal
2. Kekurangan vitamin (zat besi, vitamin B12, folate)
3. Kehilangan darah yang banyak seperti buasir, ibu yang kerap bersalin dan penyakit-penyakit lain.
4. Masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang -barah, kimoterapi)
5. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah 6. Peningkatan dalam isipadu darah
7. Penghidap talasemia
Kesan HB rendah pada ibu hamil:
1. Mengalami keguguran
2. Ibu mudah pitam/pengsan
3. Pendarahan semasa megandung dan bersalin
4. Risiko alami penyakit berjangkit
5. Mengalami kegagalan jantung
Kesan kepada janin
1. Pertumbuhan janin terbantut
2. Janin lahir tidak cukup bulan
3. Berat bayi kurang 2.5kg
4. Mati ketika dilahirkan
5. Anak kemungkinan lemas semasa dilahirkan
Bagaimana TINGKATKAN HB dengan makanan seimbang ???
# Kandungan Zat besi boleh didapati dalam pelbagai makanan harian kita. Di antaranya adalah:
1. Daging merah - Mengandungi banyak zat besi yang mampu meningkatkan jumlah hemoglobin dengan cepat.
2. Sayuran - Bayam, kacang merah, kubis, lobak, brokoli, sawi, kacang hitam, bunga kol adalah sayuran yang paling cepat meningkatkan hemoglobin.
3. Buah-buahan - Kismis, plum, buah ara, jambu batu, aprikot, epal dan grapefruit
4. Kacang-kacangan - Tidak semua ibu hamil menyukai kacang-kacangan, namun harus diingatkan makanan ini juga membantu meningkatkan hemoglobin. Contoh Kacang Almond Roti, Pasta dan Sereal - Kebanyakan dari tiga jenis makanan ini mengandungi zat besi tinggi.
5. Gandum juga disarankan diambil oleh ibu hamil sebagai menu diet harian.
TAHUKAH kita ibu hamil memerlukan 30mg/L zat besi setiap hari bagi memastikan bacaan HB sentiasa di paras normal.
Contoh pengambilan makanan yang untuk cukupkan keperluan 30mg/L zat besi ibu hamil:
- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis
****Diingatkan agar ibu hamil memasak makanan tersebut tidak terlalu masak atau panas, kerana dibimbangi zat besinya akan berkurang. Tetapi ibu hamil juga boleh terus mengambil supplemen zat besi yang khusus untuk meningkatkan HB dalam darah contohnya seperti VITALEA SHAKLEE. Pengambilan zat besi yang mencukupi secara konsisten selama 10-12hari akan memastikan kenaikkan HB sekurang-kurangnya 1.0 d/dl.

Diharapkan agar perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu hamil yang ada masalah HB RENDAH ini.Untuk pertanyaan lanjut mengenai set hamil shaklee lengkap atau produk berkaitan boleh terus wussup Anna 0186622890
Walaubagaimana, sekiranya ibu hamil didapati kekurangan HB, doktor akan membekalkan ibu hamil dengan iron tablet atau iberet sebagai pemangkin zat besi pada darah ibu. Ibu hamil juga boleh mengambil supplemen yang mengandungi zat besi untuk membantu ibu cukupkan pengambilannya setiap hari selain makanan.
Tips pengambilan iron yang betul :
1. Cara pengambilan iron adalah penting. Sekiranya ibu mengambil iron dengan makanan yang boleh merencatkan penyerapan iron adalah sia-sia sahaja.
2. Susu sangat digalakan untuk ibu hamil tetapi bagi ibu hamil yang mengalami masalah hb rendah, susu mesti juga diambil tetapi perlu dijarakkan waktu pengambilan dengan iron (susu akan menganggu penyerapan zat besi)
3. Semasa hamil ibu-ibu tidak digalakkan mengambil sebarang minuman kafein (kafein juga salah satu makanan yang boleh merencatkan penyerapan iron)
4. Ambil vitamin c bersama-sama makanan yang tinggi zat besi (vitamin c membantu penyerapan zat besi). Contoh makan ayam panggang, brokolo kukus dan beras perang. Brokoli kaya dengan vitamin c dan ayam panggang mengandungi zat besi.
5. Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila makan makanan yang kaya dengan zat besi.
6. Pengambilan iron di waktu pagi dan selepas sarapan adalah lebih baik
Jom Share!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...