korang tau tak???
Proses penghasilan ESP menggunakan air sejuk untuk mencuci kacang soya terpilih itu, bukan menggunakan campuran alkohol seperti kebanyakan produk komersial soya yang lain. Soya yang dicuci menggunakan air akan mengekalkan nutrisi terbaik yang ada pada soya tersebut termasuklah isoflavone.
Isoflavone merupakan sebatian phytoestrogen yang mempunyai ciri antioksidan yang menghalang dari terjadinya kanser payudara dan kanser prostat. Phytoestrogen dalam soya melindungi tapak reseptor sel dari xenoestrogens dan mana-mana sebatian estrogen yang tidak diingini.
Tidak banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan produk berasaskan soya menggunakan kaedah pencucian dengan air kerana ia lebih tinggi kosnya. Shaklee telah memperuntukkan banyak kos untuk memberikan hasil yang terbaik dalam produk ESP nya.
Apakah isoflavones ?
Isoflavones merupakan struktur kimia yang sama dengan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat daripada kelebihan estrogen.
Cara terbaik mengambil isoflavones adalah dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi daripada kacang soya dan tempe! So makanlah tempe selalu
Di dalam isoflavones, terdapat dua fitokimia iaitu Genistein dan Daidzen. Genistein banyak dijumpai di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan berfungsi untuk menghalang pertumbuhan salur darah baru ke sel kanser. Justeru pertumbuhan sel kanser akan terbantut disebabkan kekurangan nutrisi yang disalurkan ke dalamnya.
Daidzen juga boleh didapati di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan herba. Ia berfungsi untuk menghalang hormon penggalak atau pertumbuhan kanser dari sampai kepada sel kanser.
Manfaat kesihatan Isoflavones
1. Mengurangkan gejala menopause
2. Mengurangkan risiko serangan jantung
Isoflavones menghentikan pertumbuhan sel-sel yang menyebabkan penyumbatan arteri. Arteri-arteri ini biasanya membentuk gumpalan-gumpalan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung.
Perlindungan terhadap gangguan prostat dengan mencegah pembesaran kelenjar prostat lelaki iaitu melambatkan pertumbuhan kanser prostat dan menyebabkan sel-sel kanser prostat mati.
3. Meningkatkan kesihatan tulang
4. Mengurangkan risiko kanser
Isoflavones boleh melawan pertumbuhan tumor kerana isoflavones bertindak melawan sel-sel kanser seperti rawatan untuk kanser.
5. Isoflavones dari sumber tumbuhan
Isoflavones dapat ditemui pada banyak makanan dan sumber terbaiknya adalah kacang soya.
6. Isoflavones adalah antioksidan
Kajian menunjukkan isoflavones mempunyai sifat antioksidan setara dengan antioksidan yang terkenal dari Vitamin E. Kekuatan antioksidan isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser jangka panjang dengan mencegah kerosakan DNA
Promosi september untuk peminat ESP !!! beli 6 percuma 1...
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi BAA untuk pendaftaran.
Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Suzana Che Nok
FanPage : Kedai Vitamin Ampang & Desa Pandan
Shaklee Independent Distributor (SID 1065807)
sms/ whatsapp : 018-6622890
Cod area : Ampang , Cheras, Pandan Indah, Pandan Mewah , Desa Pandan
No comments:
Post a Comment