Wednesday, September 17

PEMAKANAN IBU MENYUSU



Makanlah apa yang ibu suka makan. Malah, jika anda makan makanan favourite dengan rasa gembira dan mengekalkan mood itu hingga waktu menyusu atau memerah, besar kemungkinan milk production anda akan turut meningkatkan secara semulajadi. Ini kerana, mood dan emosi mempengaruhi production ibu.

Tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu.Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung.

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan.

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan.

Susu ibu walau bagaimanapun, tetap yang terbaik, bernutrisi dengan tahap imun yang tinggi walaupun anda tidak mengamalkan pemakanan yang sempurna. Apalagi jika anda mengamalkan pemakanan yang sempurna. Pengambilan vitamin dan supplemen adalah sokongan kepada pemakanan yang tidak seimbang dan membantu kesihatan ibu dan menyumbang pada peningkatan taraf hidup secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.

Supplemen pula membantu supaya kita boleh fokus, mengawal stress dan cergas sepanjang masa. Jadi, tak adalah alasan tak nak pumping. Jangan cari alasan tapi carilah punca dan jalan penyelesaian pada setiap masalah kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...