Saturday, January 17

Senaman Posnatal

Senaman posnatal adalah untuk ibu-ibu selepas bersalin.
Jenis-jenis senaman
Di syorkan untuk memulakan senaman pada hari pertama selepas kelahiran biasa.
Anda boleh juga memulakan senaman semasa anda berbaring dikatil.
Cuba cara-cara berikut:
  • Gerakkan kaki keatas dan kebawah, 10 kali.
  • Gerakkan kaki secara pusingan, ikut arah jam, lawan jam, 10 kali.
  • Senaman tarik nafas dalam, 3 kali.
Ulang senaman ini 3 kali sehari.
Bila anda bertambah baik anda boleh mengubah kedudukan( baring, duduk,dan berdiri ) semasa bersenam
  • Kuncupkan otot-otot pelvis anda, rasakan kontraksi dan relaks ,5 kali.
  • Kuncupkan perut dan relaks 5 kali.
  • Kuncupkan otot punggung, relaks 5 kali.
Bergantung kepada kebolehan dan keupayan, anda boleh meneruskan seperti berikut:
  • Meniarap dengan melapikan satu atau dua bantal dibawah pinggul, kuncupkan perut dan relaks - 5 kali
  • Meniarap, kuncupkan otot pelvis - 5 kali
  • Meniarap kuncupkan otot punggung, relaks - 5 kali
  • Senaman untuk menguatkan otot belakang
Senaman untuk menguatkan pinggang
  • Baring dengan kepala dan bahu disokong sendi pinggul dan sendi lutut sedikit bengkok, kuncupkan perut anda dan relaks – 5 kali.
  • Baring dengan kepala dan bahu disokong, sendi pinggul dan sendi lutu sedikit bengkok, ketatkan perut dan angkat punggung ke atas. Lakukan 5 kali.
  • Baring meniarap, angkat kepala dan bahu ke atas.
Senaman yang boleh dilakukan selepas pembedahan Caesarian Seksyen
Mulakan senaman dihari pertama selepas pembedahan.
Dibawah ini adalah senaman senaman yang disyorkan :
  • Senaman menarik nafas
  • Batuk untuk memulihkan paru-paru
  • Senaman betis dan kaki
Pada hari kedua pembedahan, senaman dilakukan secara perlahan dan berhati hati di keadaan yang selesa diatas katil.
  • Senaman perut setempat:
    • Kuncupkan perut anda dan relaks 5 kali setiap sesi,3 kali sehari.
  • Kontraksi otot otot pelvis ( Kegel's Exercise ):
    • Kuncupkan otot otot pelvis seperti anda menahan kencing, rasakan kuncupan otot otot pelvis dan cuba bertahan selama 5 saat dan relaks - 10 kali setiap sesi, 3 kali sehari.
Senaman Pernafasan
  • Tarik nafas dengan dalam dan rehat secara perlahan-lahan sebanyak 5 kali.
  • Ulangi setiap jam selepas bangun pagi untuk 2 hari pertama.
Ini bertujuan untuk membantu paru-paru bersih dan menghalang sebarang komplikasi.
Batuk
  • Bengkokkan kedua-dua lutut, duduk ke hadapan dan sokong tempat luka dengan bantal secara kemas.
  • Tarik nafas, tahan dan batuk dengan dalam
  • Ulang 3 kali
Ini bertujuan untuk membawa kahak bergerak keluar daru laluan pernafasan.
Senaman kaki
  • Gerakkan sendi pergelangan kaki kanan ke atas dan ke bawah. Ulang 10 kali.

  • Gerakkan kedua-dua tapak kaki secara bulatan. Ulang 10 kali.
  • Bengkok dan luruskan lutut secara selang-seli. Ulangkan 10 kali.
Senaman ini bertujuan melancarkan peredaran darah.
Senaman yang dielakkan sebaik selepas pembedahan
  • Mengangkat kedua dua kaki.
  • Duduk tegak dari kedudukan berbaring
  • Melompat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...