Keberkatan
Pernah tak rasa?
Kenapa gaji aku besar? Gaji aku banyak tapi aku selalu rasa tak cukup. Aku ada duit banyak. Tapi selalu rasa tak cukup.
Hidup asyik pening fikirkan masalah duit.
Pernah juga tak fikir?
Orang tu gaji tak seberapa pun. Rumah kecik Tapi bahagia je dia.
Itu semua keberkatan.
Keberkatan rezeki. Rezeki tu banyak. Bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit. Sihat pun rezeki. Anak yang soleh juga rezeki. Nikmat tidur malam juga adalah rezeki.
Macammana mencari keberkatan rezeki?
1- bersedekah
Walaupun nilai kecil tapi jika kita niatkan sedekah kerana Allah. In shaa Allah. Allah tahu niat kita. Kita yang perempuan ni setiap hari jumaat tu kirimlah dekat husband atau ayah kita sedekah di tabung masjid. 😇
2-ibu dan ayah
Tak kisah berapa jumlah pun. Kita sebagai anak, gembirakanlah mereka. Ikut kemampuan kita. Tangungjawab kita. Jadikan pemberian setiap bulan tu sebagai tanggungjawab yang perlu kita lunaskan
3-mudahkanlah orang lain
Ketika kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita.
4-jangan langgar apa yang haram
Taat perintahNya, tinggalkan laranganNya. Isteri. Taat juga pada suami. Syurga ganjarannya
5-jaga solat
Kita jaga solat, rezeki lagi mudah. Jangan jadikan alasan sibuk, sakit, tiada masa untuk tidak beribadat.
No comments:
Post a Comment