Wednesday, September 13

Bagaimanakah Pelan Makan Manis Secara Bijak?

Gula adalah sebahagian daripada karbohidrat dan termasuk di dalam kiraan pelan pemakanan mereka yang mengalami diabetes. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menggantikan sebahagian daripada makanan tinggi nutrien anda disebabkan ia bersifat kalori kosong. Oleh itu, pengambilannya secara sederhana adalah disarankan.

Makan makanan manis dengan kuantiti yang kecil
Hanya menggantikan sebahagian makanan berkarbohidrat dalam sajian anda.

Pastikan anda membuang sebahagian porsi karbohidrat dalam sajian yang sama.

Tukarkan makanan anda yang mengandungi tinggi karbohidrat kepada yang lebih rendah (contohnya: dua senduk nasi goreng kepada sekeping lempeng) dan baki karbohidrat tersebut boleh digunakan untuk  tukar ganti makanan manis.

Mulakan Mulakan dengan separuh saiz makanan manis dan separuh lagi digantikan oleh buah-buahan.

Kurangkan lemak dalam sajian lain

Pastikan sajian lain dalam pelan pemakanan anda mengandungi  rendah lemak, seandainya makanan manis anda tinggi lemak dan gula.

Simpan keinginan memakan makanan manis semasa majlis sahaja
Tips sihat untuk penggemar makanan manis.

Fokus makanan seharian kepada yang lebih baik nilai nutriennya.

Makan makanan manis bersama dengan sajian lain berbanding dimakan secara tunggal.

Kongsi makanan manis anda dengan rakan.

Makan perlahan dan nikmati rasanya dengan puas, boleh mengelakkan pengambilan berlebihan.

Ubah suai resipi

Pilih makanan rendah atau tanpa lemak, atau boleh menambah jenis lemak yang lebih sihat kepada makanan manis.

Pilih makanan manis yang disediakan dengan rendah gula.
Boleh menggunakan gantian gula semulajadi atau pemanis tiruan, ia boleh memberi rasa manis dan mengurangkan kalori.

Cari kaedah untuk merawat kegemaran kepada makanan manis anda, contohnya minum buahan kisar tanpa gula bersama ais untuk menggantikan ais krim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...