Sunday, May 4

CYST

(Dipetik dari blog Dr Hamid Arshat)

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam dalam ovari. Ia dipanggil cyst kerana tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids. Contoh cecair/fluids ialah air, cecair becampur protein, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia juga boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan lain-lain

Jenis-jenis cyst
-----------------
1. Follicular cyst
Mengandungi air, berasal dari kantung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar. Kadang-kadang bolehmelebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya akan diserap oleh badan. Tidak perlu dibedah.

2. Corpus luteal cyst
Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah bermakna ovulation dan kehamilan telah berlaku. Corpus luteum berperanan untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sebelum uri mengambil alih peranan tersebut. Kadang kala ia boleh membesar sehingga 8 cm. Kebiasannya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya akan diserap oleh badan.

3. Hemorrhagic cyst
Cyst yang mengandungi darah. Mungkin berpunca dari follicular atau corpus luteal cyst. Berlakunya perdarahan di dalam cyst atau cyst pecah dan darah melimpah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan segera.

4. Ruptured ovarian cyst
Menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst of ovary
Mengandungi darah kotor. Boleh merosakkan ovari, salur fallopio dan rahim. Perlu bedah.

6. Dermoid cyst ovary atau terratoma
Mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...