Sunday, May 4

LEKATAN/ADHESION - SALAH SATU PUNCA MASALAH KESUBURAN



Lekatan/adhesion ialah "fibrous band" yg mencantumkan tisu dalam badan yg biasanya tidak bercantum. Lekatan ini boleh disifatkan seperti "scar tissue" atau parut pada tisu badan yg terbentuk ketika proses pemulihan akibat pembedahan contohnya.

Lekatan boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia mula menyelaputi ovari, rahim dan tiub fallopio. Ini mengakibatkan kesukaran bagi telur dan sperma untuk bercantum/bertemu.
(Boleh lihat gambar di bawah. Sumber: Dr Hamid Arshat).







Dalam situasi yg lain, lekatan ini juga boleh berlaku pada rahim yg sedang hamil dinamakan Asherman’s Syndrome. Kebanyakan kes Asherman’s Syndrome berlaku kepada wanita yg pernah menjalani prosedur D&C atau cuci rahim. Antara simptom Asherman’s Syndrome ialah keguguran berulang kali, haid tidak teratur dan sakit pada kawasan ari-ari.

Punca
-------
Selain dari D&C, punca lain menyebabkan berlakunya lekatan:
- jangkitan kuman
- endometriosis
- fibroid
- pembedahan apendiks, usus, fibroid atau cyst

Lekatan dapat dikesan dengan melakukan ujian X-ray pada dinding rahim ataupun dengan memasukkan kamera (hysterocopy) ke dalam rahim. Lekatan boleh dirawat melalui pembedahan seperti laparoskopi.

Sila berjumpa doktor jika anda sebarang simptom di atas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...