Tuesday, June 3

[DoYouKnow] Apa itu KALORI?



Jadi adakah anda tahu apa itu “KALORI“.

Kalori adalah Unit ukuran bagi Tenaga yang terhasil dari makanan yang dimakan. Setiap sel dan organ dalam badan kita memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan normal.

Tahukah anda, sekiranya anda menerima lebihan 8,000 kalori dari makanan, anda sebenarnya sudah mampu membentuk 1kg lemak pada tubuh.

1 KILO LEMAK???? Whattttttt????

Menakutkan, betul tak?


Jadi mula buat table kalori intake anda..barulah anda tahu..ape yang membuatkan extra LELEMAK menempel2 di badan anda!

Apa itu BMR

BMR atau Basal Metabolic Rate bermakna ‘Kalori Minima’ yang di perlukan untuk badan kita semasa rehat. Tenaga ini akan di gunakan oleh organ-organ dalam badan kita seperti jantung, paru2, usus dan seluruh sel yang ada untuk berfungsi normal.

BMR atau Kalori Minima yang diperlukan oleh badan kita dikira seperti berikut:

LELAKI

66 + (13.7 X berat (kg)) + ( 5x tinggi (cm))-6.8 x umur (tahun))

PEREMPUAN

655 + (9.6Xberat(kg)) + ( 1.8 x tinggi(cm) – (4.7 x umur (tahun)

Katakan anda wanita:

Berat anda ialah 60kg, tinggi 157cm, umur telah mencecah 49 tahun

= 655+(9.6 x 60)+(1.8×157) – (4.7 x 49) = 1282.3 kalori

Ini adalah jumlah kalori yang anda perlukan tanpa berbuat apa-apa, katakan anda hanya tidur sahaja. Jadi bagi mengerakkan organ dan sel secara normal anda hanya memerlukan 1,282 kalori sahaja.

Ini juga bermakna kalori maksima pada hari tersebut, anda hanya memerlukan di antara 1,600 ke 1,800 kalori sahaja oleh kerana anda juga perlukan sedikit tenaga untuk bergerak aktif sedikit.

Sebagai panduan asas juga sekiranya anda seorang sederhana aktif maka kalori yang anda perlukan SEHARI hanyalah sekitar 1,600-2,000 kalori bagi wanita dan 2,000-2,500 kalori bagi lelaki.

Sumber: petuakurus.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...