Memang mengecewakan bukan bila anda telah menghabiskan 20-40 minit menyusukan dan menidurkan bayi (anda fikir anda telah menidurkan bayi anda), dan saat anda meletakkan bayi anda, melepaskan dia dari lengan anda..mata bulatnya segera terbuka memandang tepat ke arah anda!. Atau..anda fikir anda telah berjaya menidurkan bayi. Rasa gembira dan lega mula berbunga. Anda berjalan dengan amat perlahan, penuh hati-hati meninggalkan bilik dan puff!..wa!!!..bayi anda sudah terjaga!. Seolah-olah bayi anda memiliki radar paling efektif di dunia.
Sebenarnya...ia benar!. Semua bayi dilengkapi dengan 'radar' masing-masing. Bayi secara biologinya direka untuk mengesan sebarang keadaan merbahaya atau berbeza seperti sakit, lapar atau- berpisah dari penjaganya!. Mereka dapat mengesan kehilangan sentuhan lembut kulit ibu, kehangatan badan ibu, bau susu ibu serta pernafasan ibu. Bayi juga mampu mengesan perbezaan suasana yang asing atau tidak efisyen mencipta atmosfera tidur atau bertenang.
Tidur bukan koma. Kita masih mampu menyedari beberapa perkara yang berlaku disekeliling kita ketika kita sedang tidur. Kita sedar andai ada seseorang yang memasuki bilik, andai kita tidur di hujung katil (kita masih berjaya memastikan kita tidak bergolek jatuh disepanjang tidur bukan?), andai kita tertidur didepan tv atau di sofa ruang tamu. Jika orang dewasa mampu bangun dan beralih ke dalam bilik bila menyedari dia tertidur di tempat yang tak sepatutnya seperti di depan tv atau ruang tamu, bayi pula tiada kemahiran 'membetulkan' keadaan itu dengan sendiri. Maka, mereka akan menangis meminta bantuan ibu untuk kembali membuat mereka merasa aman untuk meneruskan tidur. Lebih-lebih lagi,bayi kecil belum faham dengan konsep 'object permanence' iaitu kesedaran bahawa barang atau individu itu wujud walau tidak kelihatan didepan mata. Mereka tidak faham bahawa dirinya dan ibunya adalah dua entiti yang terpisah atau tersendiri. Bayi kecil cuma faham bahawa dirinya dan ibunya adalah satu entiti gabungan. Maka kehadiran ibu atau sensasi kehadiran ibu amat diperlukan untuk bayi kekal bertenang.
Oleh kerana hakikatnya ibu dan bayi adalah 2 entiti yang berbeza, dapat difahami bahawa tiada ibu yang dapat mendukung, mendodoi, memeluk bayi dan berada disampingnya 24 jam sehari walau ia amat diinginkan oleh mana-mana ibu. Jadi, pada bila-bila masa ibu mahu berlepas diri dari bayi untuk tuntutan-tuntutan hidup yang lain, penting untuk ibu menyediakan sensasi kehadiran dan kehangatan ibu sebagai ganti untuk membantu bayi kekal bertenang. ANTARANYA :
1. Bedung : untuk sensasi rasa hangat pelukan berpanjangan.
2. Hayunan: tiada ibu yang mampu untuk tidak terdodoi atau menggoyang bayi setiap kali memegang atau mendukung bayi bukan?. Malah bayi sudah biasa merasa bagai dihayun setiap kali ibu bergerak semasa didalam kandungan. Maka buaian adalah gantinya. Ingat,hanya buai boleh laras penuh sahaja yang di benarkan standart antarabangsa.
3. Bunyian mententeramkan (white noise): pasanglah white noise sebagai ganti kerana bayi sudah terlalu biasa mendengar degup jantung ibu,aliran darah ibu serta gerakan organ pencernaan ibu. Senyap sunyi itu merimaskan bayi!.
4. Hisapan: puting adalah gantian terbaik selepas payudara ibu. Oleh kerana bayi di bawah 4 bulan belum mempunyai koordinasi otot untuk menghisap jarinya sendiri, puting adalah satu-satunya alternatif. Memberi bayi kecil menghisap kain atau patung mainan amat merbahaya untuk risiko lemas.
Setiap elemen mempunyai etika, had umur serta cara mencerai yang tertentu. PELAJARI semua ini dengan lengkap sebelum mengamalkannya.
Oh ya!..tahukah anda satu aturan penting untuk 'melatih' bayi agar tidak terlalu bergantung kepada anda untuk mampu terlena kembali andai terjaga atas sebab-sebab kecil (bukan kerana lapar)?: LETAK BAYI ANDA KETIKA DIA SUDAH TERLELAP ATAU MAMAI TETAPI BELUM LENA SEPENUHNYA. Biarkan bayi melengkapkan lenanya setelah diletakkan.
No comments:
Post a Comment