Ibu mengandung dan bakal melahirkan anak patut tahu tentang mandi wajib selepas bersalin. Bagi orang Islam adalah WAJIB untuk mandi hadas besar ini supaya amalan kita di terima Allah. Ada juga sesetengah ibu yang telah melahirkan anak 5 orang tidak tahu adanya mandi wajib lepas bersalin.
Mandi wajib selepas bersalin terbahagi kepada dua iaitu:
Wiladah: Mandi wajib selepas melahirkan bayi samada secara normal atau pembedahan. Maknanya bila bayi keluar je dari perut ibu, WAJIB terus mandi wajib. Jika bersalin normal pada waktu pagi, petang dah boleh mandi Wiladah.
Niatnya:
"Sahaja aku mandi wajib Wiladah kerana Allah Taala"
Ratakan air keseluruh badan.
Nifas: Mandi wajib setelah darah nifas berhenti. Tempoh darah nifas keluar paling lama adalah 60 hari. Jika darah nifas keluar lebih daripada 60 hari ia dikira sebagai darah Istihadha. Mandi Nifas wajib dilakukan walaupun hanya setitis darah nifas. Jika darah nifas tidak keluar memadailah hanya Mandi wiladah sahaja dan perlu solat seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika darah nifas keluar setelah hari yang ke10 selepas melahirkan anak anda perlu berhenti seketika dari mengerjakan solat.
Jika anda keguguran perlu mandi nifas.
Niat:
"Sahaja aku mandi Nifas kerana Allah Taala"
Ratakan air keseluruhan badan.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment