Ramai yang kadangkala membeli makanan tambahan atau suplemen tanpa benar-benar mengetahui kaedah pemakanan yang betul. Memandangkan saya sendiri mengambil makanan tambahan ini, mari Nad kongsikan dengan anda tentang cara-cara pemakanan Set Penyusuan Shaklee yang dapat memberikan hasil 'thorrbaik'.
Ada 2 cara pengambilan Set Penyusuan Shaklee:
1. Set Bajet Penyusuan Shaklee
Walaupun set ini adalah set bajet, anda jangan underestimate kebolehannya..
Kaedah pengambilannya adalah seperti berikut:
Sarapan pagi
Ambil 1-2 sudu besar Energizing Soy Protein(ESP) bersama-sama air suam atau air sejuk. Anda boleh membancuhnya bersama dengan milo, horlicks, ovaltine, oats, kismis, jus buah-buahan. Elakkan membancuh dengan air panas atau minuman berkafein. Anda boleh mengambil ESP sebelum atau selepas anda mengambil sarapan.
Minum pagi (10 am)
Ambil 2 biji tablet Alfalfa. Adalah lebih baik jika anda mengambilnya bersama light refreshment seperti roti atau jus buah-buahan. It's always best to keep yourself feed. Apa yang saya maksudkan ialah sentiasa pastikan perut anda sentiasa beralas dan tidak kelaparan.
Makan tengahari
Ambil 2 biji tablet Alfalfa selepas makan tengahari. Alfalfa berfungsi sebagai galactogogue yang merangsang serta mempercepatkan penghasilan susu badan.
Minum petang
Ambil 1 sudu besar ESP bersama-sama dengan air suam atau air sejuk. ESP boleh diambil maksimum 3 sudu besar untuk setiap hari. Jika pada waktu sarapan pagi anda mengambil 1 sudu makan ketika minum petang anda boleh mengambil 2 sudu lagi dan sebaliknya juga. Asalkan tidak melebihi sukatan 3 sudu besar setiap hari.
Makan malam
Ambil 2 biji tablet Alfalfa selepas makan malam. Alfalfa boleh diambil maksimum sehingga 10 biji setiap hari. Adalah lebih baik jika anda mengambil Alfalfa selepas anda selesai mengepam atau memberikan susu secara terus pada bayi anda. Hal ini akan dapat merangsang tubuh anda menghasilkan susu dengan lebih kerap.
Alternatif kaedah pemakanan lain bagi set bajet yang boleh anda amalkan:
A. 1 tbs ESP
3 biji Alfalfa
3 biji Alfalfa
2 tbs ESP
3 biji Alfalfa
B. 3 tbs ESP
3 biji Alfalfa
3 biji Alfalfa
3 biji Alfalfa
C. 2 tbs ESP
4 biji Alfalfa
3 biji Alfalfa
1 tbs ESP
3 biji Alfalfa
2. Set PREMIUM Penyusuan Shaklee
Sarapan pagi
Ambil 1-2 sudu besar Energizing Soy Protein(ESP) sebelum atau selepas bersarapan. Kemudian ambil 1 biji Vitamin C.
Minum pagi (10 am)
Ambil 1 biji Vita-Lea selepas pengambilan sedikit light refreshment. Elakkan dari mengambil Vita-Lea bersama-sama dengan sumber kalsium seperti ESP, OsteMatrix, susu, keju dan sebagainya. Hal ini kerana akan berlaku gangguan kepada proses penyerapan zat besi kelak. Anda boleh juga mengambil bersama dengan 2 biji Alfalfa.
Makan tengahari
Ambil 1 biji Vitamin B Complex dan 2 biji Alfalfa setelah makan tengahari.
Minum petang
Ambil 1 sudu besar ESP bersama dengan 2 biji Alfalfa.
Makan malam
Ambil 2 biji tablet Alfalfa selepas makan malam. Pastikan tidak melebihi 10 biji sehari.
Alternatif kaedah pemakanan lain bagi set PREMIUM yang boleh anda amalkan:
A. 1 tbs ESP + 1 Vitamin C
1 biji Vita-Lea + 3 biji Alfalfa
1 biji Vitamin B + 3 biji Alfalfa
2 tbs ESP
3 biji Alfalfa
B. 3 tbs ESP + Vitamin C
1 biji Vita-Lea + 3 biji Alfalfa
1 biji Vitamin B + 3 biji Alfalfa
3 biji Alfalfa
C. 2 tbs ESP + Vitamin C
1 biji Vita-Lea + 4 biji Alfalfa
1 biji Vitamin B + 3 biji Alfalfa
1 tbs ESP
3 biji Alfalfa
Tip EXTRA Milk Booster!
1. Pastikan anda mengekalkan pengambilan air sebanyak 3Liter sehari.
2. Kerapkan pam susu atau penyusuan badan.
3. Kawal tahap stress anda kerana ia memberi pengaruh terhadap penghasilan susu badan.
4. Pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang dan sihat kerana pengambilan suplemen tanpa diet yang betul tidak akan memberikan hasil yang diinginkan juga.
5. Amalkan power pumping atau tandem pumping pada waktu lewat malam kerana hormon prolaktin sangat tinggi pada waktu ini.
No comments:
Post a Comment