Kebanyakan ibu ayah yang baharu menimang cahaya mata berasa risau sekiranya bayi mereka kerap terjaga waktu malam. Bimbang si kecil kurang tidur akan menyebabkan dia meragam sepanjang malam. Sememangnya normal bayi baharu lahir hingga usia dua bulan mengalami pola tidur yang tidak teratur terutama pada waktu malam.
Pelajari tip berikut agar boleh diaplikasikan pada bayi anda.
*Alunan zikir
Membiasakan bayi mendengar alunan zikir yang anda alunkan sendiri atau menggunakan pemain cakera dapat membantu bayi tidur nyenyak. Alunan zikir yang mendamaikan boleh memberi ketenangan kepada bayi anda.
*Membedung
Cara tradisional ini sentiasa praktikal sejak dahulu hingga kini. Bayi kecil sememangnya lebih bagus dibedung terutama ketika dia tidur bagi mengelakkan dia daripada mudah tersentak dan kerap terjaga serta menangis. Membedung bayi juga membantu mengurangkan risiko kecederaan bayi ketika tidur.
*Memasang lampu malap
Bayi akan mudah bangun malam kerana dia kerap membuang air kecil yang membuatkan dia tidak selesa. Elakkan daripada memasang lampu yang terang apabila anda hendak menukar lampinnya. Cukup sekadar memasang lampu yang malap dan samar cahayanya.
*Rutin tidur
Biasakan bayi dengan disiplin tidur yang sama sejak kecil terutama pada dua bulan pertamanya. Anda boleh tetapkan masa tiga hingga empat kali waktu tidur dalam sehari, dengan jumlah enam jam waktu tidur pada waktu siang. Oleh itu ia membantu si kecil tidur lena pada waktu malam.
*Dream feeding
Cara yang terakhir, anda boleh terapkan ketika bayi tidur pada waktu malam. Berikan dia susu ibu pada pukul 11 malam tanpa perlu mengejutkannya. Kemudian letakkan bayi semula di tempat tidurnya. Cara ini membantu mengurangkan kekerapan bayi terjaga di malam hari.
No comments:
Post a Comment