Sunday, December 21

Tips mengatasi Selesema, Sakit Tekak dan Demam

Assalamualaikum... 
Sekarang ni kan musim hujan, jadinya memang senang la terkena sakit seperti demam, selesema, sakit tekak tu. Saya sendiri pun dah ada simptom sakit tekak dan selesema ni kerana asyik bersejuk dan terkena hujan je di luar sana.
 
Perit je tekak, hidung tersumbat,bersin tak berenti, kepala dah pening-pening lalat, badan dah suam-suam kuku.... Petanda boleh terkena demam kalau tak diambil langkah mencegah. Antara tips untuk mengatasi sakit tekak, selesema dan demam yang diamalkan sejak dulu dan menunjukkan perubahan positif ialah:
 

  • Bancuh secawan teh, kemudian masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis ke dalam teh. Selain menyedapkan rasa teh, kulit kayu manis berfungsi untuk memanaskan badan kita. Jadi selesema dapat dihindarkan bila badan dah panas. Jangan letak banyak pulak ye kulit kayu manis tu.
  • Makan lebih banyak buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren untuk menghindar terkena selesema. Saya  gemar sangat buah oren, so sesuailah coz oren kaya dengan vitamin C.
  • Beli 100 plus perisa original. Togok je sebotol besar tu seharian untuk menyejukkan badan dan menambah tenaga. Selalu kalau demam, insyaallah cepat je suhu badan normal balik. Kalau sakit tekak or sakit perut pun berkesan jugak 100 plus ni.
  • Bancuh air asam jawa, letaklah gula melaka or gula pasir sebagai penambah rasa. Amalkan minum untuk menyejukkan badan dan menghilangkan rasa perit kat tekak.
  • Rendam kembang semangkuk dan minum air tersebut untuk menyejukkan badan sekaligus mengelak daripada terkena demam.
  • Tambahan, lebihkan bawang putih dalam masakan sebab bawang putih mempunyai fungsi sebagai antibiotik.
  • Terlupa benda paling basic-banyakkan minum air masak ye dan jagalah kebersihan mulut korang. Nanti banyak lak bakteria berumah tangga kat dalam mulut tu
Ni la antara cara yang Saya amalkan bila terkena sakit tekak, selesema or demam di peringkat permulaan. Jarang dengan ubat doktor .Kalau dah teruk sangat baru la nak pi jumpa doktor
----------------------------------------------
Boleh juga jika anda mngamalkan Vitamin C Shaklee untuk membantu kita mencegah dari terjadinya selsema


Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan BAA seperti AMPANG , CHERAS , PANDAN INDAH , PANDAN MEWAH SERTA DESA PANDAN boleh hubungi BAA untuk aturkan pertemuan.




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi BAA untuk pendaftaran.


Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Suzana Che Nok

Shaklee Independent Distributor (SID 1065807)
sms/ whatsapp : 018-6622890
Cod area : Ampang , Cheras, Pandan Indah, Pandan Mewah , Desa Pandan 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...