H: Kebaikan bersenam sepanjang hamil
Kehamilan bukan penghalang buat bakal mama bersenam. Malah, bersenam ketika hamil mempunyai banyak manfaat buat anda dan si kecil. Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lanjut.
1. Mudah bersalin
Senaman meningkatkan stamina. Kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana mempunyai tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar.
2. Aliran darah lancar
Apabila darah lancar, ini bererti lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan keseluruhan tubuh lalu sekali gus membuat anda lebih segar dan bertenaga.
3. Atasi selera makan
Tubuh menggunakan banyak tenaga ketika bersenam. Ia secara tidak langsung memperbaiki selera makan anda agar dapat mengganti semula tenaga yang digunakan.
4. Menguatkan otot-otot
Apabila otot-otot rahim dan faraj kuat, ia berupaya menampung perkembangan bayi dalam kandungan yang semakin membesar dari bulan ke bulan.
5. Mencegah kekejangan kaki
Senaman dapat membantu aliran darah berjalan lancar. Jadi, masalah kekejangan kaki yang sering dialami pasti dapat dihindari.
No comments:
Post a Comment