Bagi bakal ibu yang mengalami morning sickness atau alahan teruk di awal kehamilan, ia adalah pengalaman yang paling tidak menyeronokkan. Rasanya seperti hendak segera menghabiskan tempoh masa tiga bulan pertama kehamilan.
Tak sanggup menanggung ketidakselesaan akibat muntah, loya, hilang selera makan, mengantuk dan hilang upaya untuk melakukan tugas harian seperti sebelum disahkan hamil. Memang benar, morning sickness adalah satu gejala yang amat tidak selesa untuk dilalui oleh bakal ibu namun tahukah anda sebenarnya anda adalah ibu yang bertuah berbanding mereka yang langsung tidak mengalami morning sickness. Mengapa?
Hakikatnya morning sickness mempunyai kesan positif tersendiri kepada ibu hamil. Ini kerana ibu hamil yang mengalami morning sickness mempunyai peluang sebanyak 80% lebih rendah untuk mengalami keguguran di awal kehamilan berbanding ibu hamil yang sihat tanpa sebarang gejala morning sickness.
Bahkan dalam kajian yang dilakukan juga mendapati terdapat hubung kait antara morning sicknessdengan risiko untuk kelahiran bayi pramatang. Fakta menarik yang ditemui juga mendapati ibu hamil yang mengalami gejala morning sickness di awal kehamilan boleh merangsang bayi dalam kandungan berpotensi memiliki kecerdikan lebih baik terutama dalam bidang memori bernombor dan kefasihan lisan.
Gejala morning sickness berlaku juga disebabkan oleh peningkatan kadar hormon hCG Beta dan lebih tinggi daripada progesterone dan estrogen ketika hamil. Jadi, kepada ibu hamil yang sedang melaluimorning sickness, banyakkan bersabar dan fikirkan yang positif kerana anda sebenarnya bakal ibu yang sangat bertuah.