Saturday, October 18

Anak Tak Mahu atau Tiada Selera Makan, Punca dan Cara Mengatasinya



Anak2 berumur satu tahun hingga 3 tahun lazim mengalami masalah taknak makan. Ini sudah tentu memeningkan ibu bapa. Saya sendiri sering ditanya bagaimana untuk mengatasi masalah anak yang tak mahu makan ni. Terlebih dahulu, kita kene kenalpasti punca anak tak mahu atau tiada selera makan. 

Punca anak tak mahu atau tiada selera makan

  1. Terganggu dengan TV, mainan atau iPad  
  2. Melalui fasa "baru dapat kaki", jadi asik nak bermain tanpa hiraukan makanan  
  3. Makanan tak menarik  
  4. Anak2 sengaja ingin menarik perhatian ibu bapa 
  5. Stress atau kerisauan  
  6. Ambil snek yang banyak  di luar waktu makan
  7. Kekurangan vitamin2 tertentu yang menganggu selera makan

Ada beberapa Do dan Don't yang ibu bapa harus praktikkan untuk mengatasi keadaan anak yang tidak mahu atau hilang selera makan ni 

Do:  

  • Jika anak dah agak besar, boleh minta anak bagi cadangan tentang apa yang ingin dimakan. Boleh bagi option seperti "hari ni kakak nak makan bihun goreng atau spagetti?"
  • Biar anak tolong anda sediakan makanan yang dicadangkan tadi. Tak perlu ajar memasak, mungkin sekadar biar dia masukkan sayur yang sudah dipotong, tolong ambil bahan dari peti sejuk dan sebagainya. Ini membuatkan mereka rasa dihargai dan penting
  • Pelbagaikan jenis makanan dan cara ia dimasak. anak2 juga suka dengan cara hidangan yang creative seperti makanan berbentuk muka, haiwan dan sebagainya. Anak2 saya contohnya, suka dengan makanan berwarna seperti bayam merah.
  • Cuba pelbagaikan makanan baru seperti spaghetti, bihun, mee, pulut dan roti. Jangan hanya terhadkan kepada pengambilan nasi sahaja. Anak2 mudah bosan dengan makanan yang sama
  • Tingkatkan aktiviti fizikal supaya selera makannya bertambah. Pembakaran kalori membuatkan anak akan merasa lapar.
  • Boleh bagi snek berkhasiat di antara waktu makan seperti sandwich, buah-buahan dan susu supaya anak dapat nutrien yang mencukupi.
  • Beri perhatian sepenuhnya semasa anak makan. Boleh bercerita sambil mkn dengan anak. Seorang kawan saya bercerita tentang anak keduanya yang tak mahu makan tetapi apabila anak itu tinggal bersama neneknya, selera anak itu berubah dengan ketara. Mungkin situasi di rumah nenek berbeza di mana perhatian sepenuh diberi kepada anak ini sedangkan di rumah ibu bapanya, ada adik beradik lain yg juga menagih perhatian.


Don' t:

  • Bagi snek atau minuman sebelum waktu makan untuk mengelakkan anak kenyang  
  • Simpan terlalu banyak snek di rumah. Anak2 lebih berminat dengan snek yang tak berkhasiat dari makanan biasa. 
  • Biasakan anak makan sambil menonton atau bermain gadget. Latih mereka untuk berhenti menonton semasa makan  
  • Paksa atau memarahi anak yg tak mahu makan. Ini menjadi punca mereka stress dan tidak gembira di meja makan.

Soalnya, bagaimana Mealshake boleh menambah selera makan anak? Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu punca anak tidak berselera makan ialah kerana kurang vitamin2 tertentu. Mealshake merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang membekalkan vitamin2 harian yang diperlukan tubuh. Maka tidak hairanlah apabila keperluan nutrien ini dipenuhi, selera makan anak juga akan berubah kepada normal. Tapi jangan salah faham ye. Bukan bermakna selera makan akan bertambah2 tanpa kawalan. Nanti obes pulak jadinya. Sebaliknya, nutrien2 ni membantu mengimbangi sistem tubuh, bermakna selera makan akan berubah kepada normal. Sebab itulah Mealshake ni sesuai untuk yang underweight juga obes :)



Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan BAA seperti AMPANG , CHERAS , PANDAN INDAH , PANDAN MEWAH SERTA DESA PANDAN boleh hubungi BAA untuk aturkan pertemuan.




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi BAA untuk pendaftaran.


Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Suzana Che Nok

Shaklee Independent Distributor (SID 1065807)
sms/ whatsapp : 018-6622890
Cod area : Ampang , Cheras, Pandan Indah, Pandan Mewah , Desa Pandan 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...